PENGENALAN

SIAPA KAMI ?

© Logo Rasmi  PMIUTM 

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) adalah sebuah persatuan yang berdaftar dibawah Hal Ehwal Mahasiswa UTM  (HEMA) menaungi semua mahasiswa dan mahasiswi di UTM. PMIUTM sebagai sebuah persatuan yang sentiasa menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dasar. Melalui program-program yang dijalankan akan memperkembangkan lagi konsep budaya ilmu, berfikir, beriman dan beramal. PMIUTM akan sentiasa berusaha untuk memimpin Ummah ke Arah Kecemerlangan.

 “Bersama Membangun Ummah”

hewi logo 1516

© Logo Rasmi HEWI PMIUTM 

Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMIUTM  merupakan wadah di bawah pengurusan Naib Presiden 2 yang menaungi seluruh mahasiswi PMIUTM dan kebersamaan mahasiswi pencetus gelombang dakwah terhadap masyarakat kampus kearah melahirkan generasi Iqra’. HEWI PMIUTM berhasrat melahirkan mahasiswi yang berketerampilan, berkepimpinan dan berilmu serta berkebajikan selaras dengan keperluan masa kini berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

“Precious Lady, Inspiring Ummah”

KENAPA KAMI ?

  • Memantapkan pengurusan apabila menjadi sebagai penggerak program PMIUTM.
  • Menimba pengalaman menjadi penggerak program dakwah di UTM.
  • Menyertai Usrah Osem PMIUTM.
  • Dapat meningkatkan keyakinan diri melalui penyertaan program siyasiah dan kemasyarakatan PMIUTM.
  • Menjadi mahasiswa yang proaktif.

MOTTO

Bersama Membangun Ummah

VISI

 Mengukuhkan kefahaman Islam di kalangan Warga Kampus

MISI

Memasyarakatkan PMIUTM
Memperkasakan Agenda Dakwah
Membudayakan Penghayatan Ilmu

CARTA ORGANISASI

MAJLIS EKSEKUTIF

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UTM SESI 16/17

PRESIDEN

Mohd Wazir Bin Hasbullah

TIMBALAN PRESIDEN

Muhammad Na’im Bin Mansor

NAIB PRESIDEN 1

Shahrul Naim Bin Ab Halim

NAIB PRESIDEN 2

PENGERUSI HEWI PMIUTM

Nazathul Hashima Binti Hashim

SETIAUSAHA AGUNG

Nur Atiqah Binti Ibrahim

BENDAHARI KEHORMAT

Nurul Syazarizan Binti Md Jamil

MAJLIS TERTINGGI

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UTM SESI 16/17

Exco Dakwah & Kebajikan

Exco Dakwah & Kebajikan (EDK) merupakan exco dibawah PMIUTM yang memainkan peranan penting iaitu:-

  • Memastikan penyebaran kefahaman Islam di setiap Warga Kampus.
  • Memantau serta menjaga kebajikan masyarakat kampus umumnya dan mahasiswa yang beragama Islam khususnya seperti masalah-masalah yang berkaitan akademik, kewangan mahupun peribadi mahasiswa Islam agar kebajikan mahasiswa Islam UTM terjaga.
  • Merealisasikan impian untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam akademik seiring dengan rohani serta sahsiah.

PENGERUSI

Muhamad Hafiz Bin Mohamad Rizal

TIMBALAN PENGERUSI

Fatin Qurrata’ Aini Binti Ruslan

Exco Sukan & Kebudayaan

Exco Sukan & Kebudayaan (ESK) merupakan exco di bawah naungan PMIUTM. ESK ditubuhkan bagi:-

  • Melaksanakan program-program sukan dan kebudayaan berlandaskan garis panduan ajaran agama Islam.
  • Melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek jasmani & rohani.
  • Melaksanakan agenda dakwah melalui aktiviti sukan dan kebudayaan.

PENGERUSI

Muhammad Zulhilmi Bin Mohammad Zuki

TIMBALAN PENGERUSI

Anis Farihan Binti Ismail

Exco Ekonomi & Keusahawanan

Exco Ekonomi & Keusahawanan (EEK) merupakan salah satu exco yang bernaung di bawah PMIUTM. Antara peranan EEK ialah:-

  • Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan ekonomi kepada warga kampus khususnya mahasiswa Islam.
  • Menerapkan nilai-nilai Islam dalam bidang keusahawanan.
  • Menjana kewangan persatuan mengikut syariat Islam.

PENGERUSI

Amar Hairi Bin Mohd Razali

TIMBALAN PENGERUSI

Nur Hijratul Atikah Binti Rasul

Exco Penerangan & Multimedia

Exco Penerangan & Multimedia (EPM) merupakan exco dibawah PMIUTM. Antara peranan EPM ialah:-

  • Sebagai media penerangan atau jurubicara utama PMIUTM.
  • Sebagai media dakwah kepada masyarakat kampus terutamanya mahasiswa dalam pelbagai aspek khususnya berkenaan Islam.
  • Multimedia menjadi faktor nilai tambah kepada usaha menyebarkan penerangan dan dakwah.

PENGERUSI

Muhammad Adli Bin Mohd Razif

TIMBALAN PENGERUSI

Nur Syahindah Binti Sharuddin