FAQ

Soalan

  •  Adakah PMIUTM tertumpu kepada program ilmiah dan kerohanian sahaja?

Jawapan


Soalan

  • Bagaimana nak menyertai PMIUTM?

Jawapan

  • Berdaftar sebagai Sahabat PMI (Rujuk link Pendaftaran) dan akan mendapat kad keahlian Sahabat PMI.

Soalan

Apakah kelebihan menjadi Sahabat PMI?

Jawapan

  • Menyertai Usrah Osem PMIUTM
  • Diberi peluang untuk menjadi pengerak dalam pelaksanaan program PMIUTM.
  • Potongan harga dan diskaun 10% jika membeli barangan jualan daripada Exco Ekonomi & Keusahawanan (EEK).
  • Berpeluang mendapat pengalaman berdakwah di kampus UTM.

 

Soalan

  • Sampai bilakah Kad Keahlian Sahabat PMI itu sah digunakan?

Jawapan

  • Sehingga tamat pengajian di kampus UTM.

Soalan

  • Boleh tak saya nak menyertai Usrah PMIUTM, tetapi saya tidak mendaftar Sahabat PMI?

Jawapan

  • Kami amat mengalakkan mahasiswa untuk menyertai Usrah Osem PMIUTM, tidak perlu mendaftar Sahabat PMI, boleh menyertai dengan cara berjumpa dengan mana-mana naqib/ah (Ketua Usrah) PMIUTM untuk penyertaan Usrah.

Soalan

  • Apakah unit-unit yang ada di dalam PMIUTM?

Jawapan

  • Selain Majlis Eksekutif, Organisasi PMIUTM disokong oleh exco-exco yang bertindak sebagai pelaksana kepada perancangan yang diatur oleh persatuan ini. Terdapat 5 exco di dalam PMIUTM. (Rujuk Carta Organisasi PMIUTM)

Soalan

  • PMIUTM ada pasukan sendiri? Atau dalam kebudayaan?

Jawapan

  • Sukan: PMIUTM FC (Futsal & Bola Sepak), PMIUTM Paintball Team
  • Kebudayaan: Kumpulan Nasyid (In Redha & I Voice)
  • Kooperat: Expert Team Debate PMIUTM, Fasilitator PMIUTM

Soalan

  • Apakah media PMIUTM selain Laman Web Rasmi?

Jawapan


Soalan

  • Pernahkah PMIUTM bekerjasama dengan organisasi luar atau kelab-kelab dalam UTM?

Jawapan

  • PMIUTM pernah membuat program bersama dengan organisai yang lain. Antara yang terbesar ialah program Sayang ’15 kerjasama dengan Muslimcare Malaysia Society dan PMIUM.
  • PMIUTM pernah membuat program bersama kelab-kelab kerohanian seluruh UTM. Antara yang terbesar ialah program dakwah & kerohanian berteraskan kesukanan iaitu Youth Garden ’15.

Soalan

  • Bagaimana nak mendapatkan barang-barangan PMI seperti baju, button badge dan lain-lain?

Jawapan

  • Daripada Exco Ekonomi & Keusahawanan (EEK), boleh rujuk page barangan online PMI (Kedai Online PMIUTM).
  • EEK juga terdapat gerai PMI setiap anjuran program besar sekitar kampus UTM seperti Festival Konvokesyen UTM (FESKO) dan setiap program-program anjuran PMIUTM.