30hb Ogos 2008: Beberapa wakil pimpinan PMIUTM berkesempatan untuk menziarahi seorang sahabat yang merupakan pelajar master fakulti Sains UTM, mesra dengan panggilan Juan, di Hospital sultanah Aminah Semalam. Beliau dilaporkan mengalami penyakit anemia yang disebabkan kekurangan darah merah dalam badan. Walaupun dalam keadaan beliau yang sakit dan terlantar di hospital, beliau amat berharap sakit yang hadapi itu tidak menghalang diri beliau untuk berpuasa memandangkan bulan ramadhan yang bakal tiba sehari sahaja lagi. Kesungguhan diri beliau untuk menempuh bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan sebaiknya amat kami kagumi. Ini boleh dijadikan contoh kepada muslim yang walaupun dalam keadaan sihat walafiat tetapi masih malas dan mengeluh apabila tibanya Ramadhan yang sepatutnya di sambut dengan penuh kesyukuran oleh semua umat Islam. Di akhir kunjungan pimpinan PMIUTM kepada saudara Juan di akhiri dengan Doa yang dipimpin Oleh saudara Zul Hilmey, Naib Presiden I PMIUTM.

Selepas itu, Program Ziarah diteruskan dengan melawat Saudara Muhammad yang merupakan pelajar dari Somalia di hospital dan wad yang sama dengan saudara Juan. Saudara Muhammad mengalami penyakit “Appendix” dan baru sahaja mengalami pembedahan. Pimpinan PMIUTM sempat beramah mesra dengan beberapa orang pelajar Somalia yang belajar di UTM dan secara kebetulan berada disitu untuk melawat saudara Muhammad. Semua pimpinan berasa amat berbesar hati kerana dapat berjumpa duduk dan berbicara sebentar di samping merapatkan ukhuwwah Islamiyyah yang merupakan tuntutan kepada Setiap muslim. Semoga jurang antara benua yang mungkin wujud, selepas ini dapat dirapatkan dalam bersama-sama membangunkan Islam di Kampus UTM.

Dalam Perjalanan melangkah untuk keluar Hospital, Pimpinan PMIUTM sekali lagi sempat bertemu dengan seorang pesakit iaitu seorang pakcik yang merupakan pemilik kepada Ketumbar Kafe di SUB. Beliau mengalami ketumbuhan pada Usus sehinggakan beliau terpaksa mengalami pembedahan untuk membuang Usus besar. Beliau sempat menasihati kami sebagai anak muda supaya menjaga pemakanan dan kesihatan diri. Bacaan Doa yang dipimpin oleh Saudara Amin bin Mohd Hamami mengakhiri lawatan itu. Isteri beliau yang turut berada disitu berasa sebak dan terharu sehingga mengalirkan air mata ketika doa dibacakan.

Program ziarah pada kali ini memberi seribu satu pengajaran untuk di kongsikan bersama. Melihat penderitaan yang ditanggung oleh para pesakit amat menginsafkan diri. Sesungguhnya nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita seharusnya digunakan sebaiknya sebelum datangnya masa sakit yang mungkin mengganggu kehidupan biasa kita seharian. Wallahua’lam.

Ziarah PMIUTM
%d bloggers like this: