Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Sekali lagi program Together With PMI anjuran Persatuan Mahasiswa Islam dapat dilaksanakan pada tahun ini. 
     Objektif utama program ialah bagi memperkenalkan kepada hala tuju persatuan kepada mahasiswa baru selain mencari mata rantai kepada dakwah Islamiah di bumi UTM ini. Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah 8 Blok N24 Fakulti Kejuruteraan Kimia bermula pada pukul 9.00 malam sehingga 11.30 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis yang dipimpin oleh Sdr. Muhammad Khalid bin Mohd Jali (Pengerusi Lujnah Pendidikan dan Kepimpinan) dan seterusnya hadirin bersama-sama mengalunkan lagu rasmi Persatuan Mahasiswa Islam. 

        Seterusnya, ucapan alu-aluan Presiden PMIUTM disampaikan oleh Sdr. Munzir bin Musa. Majlis diteruskan lagi dengan perasmian oleh pensyarah kanan Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (FTIUTM), Ustaz Ahmad Puhad bin Alim.

Antara isi penting yang ditekankan semasa ucapan Ustaz Fuad ialah, setiap individu itu adalah bertanggungjawab dalam menyebarkan risalah Islam. 

         Kampus merupakan salah satu tempat dimana dakwah dapat disebarkan dengan lebih meluas tambahan pula dai’e itu adalah dalam kalangan Mahasiswa yang berintelektual. Tidak kira dimana sahaja kita berada, tetapi kewajipan untuk menyebarkan dakwah Islamiah adalah menjadi keutamaan dalam diri seseorang itu. Tambahnya lagi, setiap mukmin yang cuba perjuangkan Islam kerana Allah dan Rasul-Nya, tidak akan lari dari mehnah (cabaran) dan tribulasi (halangan). 
         Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian pembukaan; Seterusnya, hampir jam 10.50 p.m., pembahagian setiap lujah dilakukan. Antara lujnah yang terlibat pada malam itu ialah Lujnah Pendidikan dan Kepimpinan (LPK), Lujnah Kebajikan (LK), Lujnah Ekonomi (LE), Lujnah Sukan dan Kebudayaan (LSK), Lujnah Penerangan dan Multimedia (LPM) serta Lujnah Penyelidikan dan Pembangunan (LPP). Antara pengisian yang dibentangkan dalam setiap lujnah ialah sesi perkenalan dengan ahli baru yang terdiri daripada Mahasiswa tahun satu dan dua (direct entry) serta perkenalan lujnah yang disertai.

 

       Tepat jam 11.30 p.m., majlis penutupan diserikan dengan persembahan nasyid yang didendangkan oleh Sdr. Helmi bin Razali dan Sdr. Idris bin Shamsuddin selaku Pengerusi Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMIUTM. Tasbih khifarah dan surah al-asr sebagai doa penutup menjadi penamat bagi majlis pada malam itu. Para jemputan dan Mahasiswa yang hadir menjamu selera di perkarangan Dewan Kuliah dan seterusnya majlis bersurai. 
         Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang majlis dijalankan. 
         Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala kelemahan itu daripada diri sendiri dan disandarkan kepada-Nya. Wallahu’alam..
                                                                                                                     

Sahabat sekalian boleh menontot vedio klip dibawah untuk mendengar ucapan perasmian dan amanat Presiden PMIUTM

Disediakan Oleh; 

Unit Multimedia dan Publisiti Together with PMI 2012 

.::PMI BERSAMAMU::.

Together With PMI ’12
%d bloggers like this: