Kluang, 20hb Dis 2009 : Hari ini telah berlangsung Majlis Perkahwinan antara dua mantan senior PMIUTM yang sebelum ini aktif dalam gerakan dakwah di UTM iaitu Akhi Mohd Khairul Bin Sukeri dan Ukhti Farahdillah bte Idrus.

Majlis hari ini berlangsung di rumah Ukhti Farahdillah bertempat di kluang, Johor manakala majlis di rumah Akhi Mohd Khairul pula akan berlangsung pada 27Hb Disember 2009 bertempat di Sg.Balang, Batu Pahat, Johor. Alhamdulillah, Kedua-dua mempelai juga telah berjaya dalam kerjaya dan telah menjadi Engineer di bidang masing-masing.


Turut hadir, Presiden PMIUTM Saudara Mohd Khairul yang baru sahaja balik dari Bengkel Pemerkasaan Gerakan Mahasiswa IPT Negeri Johor. Setelah bengkel tersebut selesai, Beliau segera bergegas ke Majlis tersebut bagi meraikan kedua senior yang telah banyak menyumbang kepada gerak kerja dakwah semasa mereka berada di kampus dulu.

Beliau melahirkan rasa bersyukur kepada Allah kerana dua kader dakwah PMIUTM telah dapat disatukan pada majlis hari ini. Beliau juga turut menyatakan harapan kepada dua mempelai agar terus istiqamah dalam mengerakkan dakwah Islam walaupun telah keluar dari alam kampus. Ini kerana, gabungan dua kader dakwah sepatutnya dapat melajukan lagi gerak kerja bagi mengislahkan masyarakat untuk kembali ke landasan yang sebenar bukan pula sebaliknya.

Seluruh warga PMIUTM mengucapkan selamat Pengantin baru kepada Akhi Mohd Khairul dan Ukhti Farahdillah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Diharapkan gabungan kedua kader dakwah ini dapat melahirkan zuriat yang soleh agar dapat menjadi pelapis dakwah pada masa akan datang.

Terlaksananya Baitul Muslim PMIUTM
%d bloggers like this: