TARBIYAH

Susur Tarbiyah Universiti Teknologi Malaysia

Mari bersama menyusuri laluan-laluan

Tarbiyah di universiti yang kaya dengan

Falsafah keilmuan di atas landasan Islam ini.
Hayati pelbagai mesej yang tersirat pada setiap
Nama-nama indah jalan sekitar Lingkaran Ilmu.
“Kerana Tuhan Untuk Manusia”.

TARBIYYAH
Satu DIDIKAN yang berasaskn tauhid dan akhlak.seiring dgn kefahaman Islam dan ilmu itu sendiri. Mengenang kembali bilamana si penulis di bumi yang subur dengan tarbiyyah, belajar erti kehidupan yang sebenar.satu saat tatkala menghadapi cabaran dunia realiti yang sebenar, tarbiyyah yang selama ini ditimba itulah menjadi penguat jiwa.
Namun,sampai bila ia mampu bertahan?
Melihat fenomena dakwah di IPT sejak kebelakangan ini, semakin ramai mahasiswa/i yang sedar akan pentingnya tarbiyyah dalam kehidupan seharian. Lahirnya pelbagai pertubuhan dan organisasi berfokuskan keislaman merancakkan lagi program-program, seminar-seminar dan usaha ini mendapat reaksi positif dari kalangan remaja sendiri. Tidak kurang, usaha-usaha badan dakwah IPT sendiri yang bertungkus merencana pelbagai program yang sarat ilmu dan mampu memberikan sentuhan roh Islam dalam diri individu tersebut.

Persoalan di sini, kadang-kadang kita hanya bersemangat apabila berada dalam program-program tersebut. Usai keluar daripada kepompong tersebut, kita seolah-olah tidak kuat dan masih mencari-cari apa hasilnya? Apa kesannya hadir ke program sebegini? Di sini barulah kita sedar akan pentingnya HATI untuk dibawa ke mana sahaja untuk ditarbiyyah.

Sungguh! Sangat sukar untuk memujuk hati yang kuat merajuk, melatih jiwa yang lesu, mengawal nafsu yang sering mengajak kepada keseronokan.
Kadang-kadang bertanya pada diri sendiri. Kenapa kita tidak berubah lebih baik dan terus istiqamah dengan sesuatu kebaikan? Adakah jiwa kita tidak kuat? Atau belum cukup ditarbiyyah? Bertahun-tahun di sekolah agama? Masih tidak cukup? Semuanya kembali kepada hati. Kadang-kadang kita cepat bosan apabila disuap dengan makanan yang sama setiap hari, sedangkan masih banyak pilihan terhidang di hadapan mata.
Sebenarnya dalam menyuburkan tarbiyyah dalam diri, hanya satu perkara yang perlu kita tanyakan diri kita. Allah redhakah dengan amalan kita? Oh…jarang sekali kita tanyakan ini pada diri kita. Betul tak?
Pentingnya menjaga hubungan dengan Allah (hablun minallah), sama pentingnya menjaga hubungan dengan makhluk lain (hablun minannas). Kadang-kadang bila wujud bosan dalam kamus tarbiyah, sebenarnya itu petanda bahawa kita kurang mengaplikasi tetapi lebih banyak berteori.
Ya, tiada silibus pengajian agama yang mengajak kepada kemungkaran, namun diri masih sibuk berbuat dosa, pendek kata perlunya seimbang antara teori dan aplikasi untuk memantapkan tarbiyyah dalam diri. Tarbiyyah itu melingkupi segenap kehidupan kita, belajar, bersosial, rumahtangga, menghadapi peperiksaan, berhibur, menonton tv. Semuanya boleh menjadi tarbiyyah andai kita salurkan dengan cara yang betul.
Susah tetapi tidak mustahil.
Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk mentarbiyyah diri. Mungkin mengambil sedikit masa, tetapi ya, itulah pentingnya ISTIQAMAH

“Allah menutup hati mereka dan pendengaran mereka,
sedangkan di mata mereka terdapat tabir yang menutupi, dan bagi mereka azab yang besar”. (al-baqarah : 7)

Gerakan matlamat dalam diri mampu utk membangkitkan seruan dalaman yang menuju ke arah kebaikan.

.:PMI BERSAMAMU:.

sumber : http://muslimdoktor.blogspot.com/2011/07/tarbiyyah-diri-kuatkah-kita.html

TEMA MINGGUAN | TARBIYAH
%d bloggers like this: