Assalamualaikum w.b.t
.
Alhamdulillah diucapkan kepada kita semua kerana masih lagi bernafas, bertubuh sihat dan masih lagi berada didalam kampus UTM selaku seorang penuntut ilmu dimana fadhilat bagi seorang penuntut ilmu ini sangatlah besar disisi Allah S.W.T.
.
Sebagai sebahagian daripada komuniti kampus UTM, selain daripada menuntut ilmu, kita mempunyai tanggungjawab dan amanah lain yang perlu dilaksanakan yakni menentukan dan memilih kepimpinan kampus UTM dimana inilah wakil yang bakal membawa suara mahasiswa UTM ke peringkat atasan iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Oleh itu telahpun bermula perjalanan Pilihanraya Kampus UTM bagi memberi peluang kepada para siswa dan siswi bagi melibatkan diri dan memainkan peranan sama ada sebagai seorang pengundi mahupun sebagai seorang calon MPP.
.
Melalui Pilihanraya Kampus seorang mahasiswa itu hendaklah merasakan tanggungjawab dengan melihat saff kepimpinan MPP sebagai platform utama bagi membawa suara para mahasiswa di kampus. Jadinya keperluan dalam mewujudkan kepimpinan yang berintegriti, berkualiti, sesuai dan bertanggungjawab amatlah penting untuk dilaksanakan bersama. Hal ini kerana, jika kepimpinan yang wujud tidak mampu untuk membawa kepada kebaikan masyarakat kampus sangatlah rugi dan mengecewakan kerana hak-hak dan perihal kebajikan masyarakat kampus tidak dapat dituntut dan dipertahankan dengan sebaiknya.
.
Seorang pemimpin yang baik seperti yang ditegaskan Islam adalah individu yang dilihat bertanggungjawab, beramanah dalam memimpin masyarakat melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi kemaksiatan kepadaNya, sentiasa berusaha mengislahkan atau menerapkan penambahbaikan kepada ahli masyarakat dalam semua aspek kehidupan, menjaga hak-hak kemanusiaan semua golongan masyarakat tanpa mengira pertalian keluarga, status, bangsa ataupun agama dan memelihara alam persekitaran sebagai tempat ahli masyarakat tinggal dan hidup dengan suasana yang sihat.
.
Tidak dinafikan bahawa ramai yang akan menjadi calon memperkenalkan diri membentangkan manifesto masing-masing. Namun, jika seorang mahasiswa itu tidak dapat melihat calon yang menyakinkan yang mampu untuk membawa suara mahasiswa selaku pimpinan kampus dengan penuh amanah dan tanggungjawab maka tidak menjadi mustahil bagi dirinya sendiri untuk menjadi calon yang bertanding dan mampu untuk membawa idea-idea perlaksanaan yang bernas dan membawa manfaat kepada masyarakat kampus.
.
Kerana setiap dari kita berpeluang memimpin masyarakat kampus UTM yang dicintai ini ke arah yang lebih baik.
.
Wallahu’alam.
.
MUHAMMAD IQMAL HIJAZ BIN ABU BAKAR
TIMBALAN PRESIDEN PMIUTM SESI 2015/2016
.
#PMIBERSAMAMU #PLAYURPART #PRKUTM2016
14379923_10154073070668315_6569839824200318566_o

TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH (PART ONE)
%d bloggers like this: