Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang… 
Alhamdulillah, terlaksana sudah solat hajat perdana dan sudut pidato yang diadakan selepas solat Jumaat sebentar tadi kira sekitar jam 1.30 petang. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya dari wakil  Pro-Mahasiswa, Jabatan Kerohanian dan Integrasi Sosial Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM, Kelab Iqra’, Pusat Islam UTM, Aqsa Syarif, wakil rakyat Palestin, Pegawai Keselamatan dan Hal Ehwal Mahasiswa UTM dan seluruh mahasiswa dan kakitangan UTM prihatin yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana cakna dan sudi turun bersatu dalam menyuarakan hak sebagai seorang umat yang bertanggungjawab ke atas saudaranya se-Islam kita di bumi Gaza. 
Walaupun pengisytiharan genjatan senjata ke atas Palestin telah berkuatkuasa bermula kira-kira jam 9.00 malam waktu GAZA ( 21 November 2012) dan sekitar jam 3.00 pagi waktu Malaysia (22 November 2012), sebagai seorang umat Islam dan umat yang prihatin akan kebajikan serta kemanan Palestin, janganlah berhenti daripada terus berdoa dan terus mengharapkan agar pertolongan Allah itu bersama orang-orang yang dizalimi dan memohon agar diberi azab ke atas puak Yahudi laknatullah, Rejim Zionis serta semua yang bersekongkol degan mereka trmasuklah puak Yahudi di Amerika Syarikat. 
Tahniah diucapkan kepada siswa yang cakna isu semasa, dan wakil rakyat Palestin atas penjelasan yang menyedarkan warga kampus UTM termasuklah mahasiswa, kakitangan UTM serta seluruh umat Islam amnya bahawa betapa pentingnya Peranan Mahasiswa dan rakyat Malaysia dalam agenda pembebasan Palestina ini   Sudut pidato dan solat hajat ini juga merupakan salah satu saluran dalam usaha ke arah jihad fisabilillah. 

Alhamdulillah juga, tabung jihad Safe Gaza telah diedarkan kepada hadirin yang hadir. Semoga setiap setiap usaha dan pengorbanan kita dapat membantu mereka di sana. Semoga kita semua tidak lelah untuk terus berdoa kepada seluruh umat Islam demi kesejahteraan dan keamanan rakyat di bumi Palestin, Syria dan Rohingya senjata seorang mukmin itu adalah dengan berdoa lillahi ta’ala.

Hai nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. tempat mereka ialah jahannam. dan itu adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya. (At Taubah 73)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar. (AL Hujuraat 15)

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (QS Ash Shaff-10)

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. (QS Ash Shaff-11)

Dan barangsiapa yang berjihad, Maka Sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (QS Al-Ankabuut : 6)

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Qs Al-Ankabuut 69)

Ucapan saudara Ridzuan (MPM UTM)

Ucapan Amirah Fitriah(PMIUTM)

Ucapan Tamer mahasiswa Palestin

ucapan saudara Ihwan (Kelab Iqra)

Majlis ditutup dengan bacaan doa wahdah



                                                                           





“BERSAMA MEMBANGUN UMMAH”

.:PMI BERSAMAMU:.

SISWA CAKNA: Speaker Corner & Solat Hajat | Pray for Palestine!
%d bloggers like this: