‘Jom wafi, kita gi library. Dok kat sini putus maklumat dunia’, ajak saya.

Al-maklumlah gelaran teratak yang dipanggil Centre of Homeless yang semakin hari semakin mensunyikan.

Library: Saya agak kaget. Melihat tajuk pada dada akhbar hari ini.”Subjek teras dikurangkan”.Terdetik dalam hati mesti ada yang tidak kena. Rupa-rupanya apa yang terlintas di minda saya tepat. Langsung tidak meleset. Ni dia sedikit keratan ringkas dari Berita Harian.

Calon SPM boleh ambil lebih banyak mata pelajaran elektif ikut pengkhususan

KUALA LUMPUR: Bilangan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikurangkan kepada tiga atau empat, berbanding enam sekarang selaras keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran yang boleh diambil calon peperiksaan itu, mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengurangan subjek teras itu akan membolehkan calon SPM dalam semua aliran pendidikan, termasuk agama mengambil lebih banyak mata pelajaran elektif mengikut keperluan bidang pengkhususan dan minat masing-masing.

Saya kurang pasti apakah sebenarnya agenda tersembunyi yang cuba digazetkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran termasuk kuncu-kuncunya. Saya yakin dan percaya keputusan ini dibuat tidak hanya apa yang tercatat diatas kertas kerjanya, tetapi ada elemen jangka masa panjang yang lain disimpan dengan rapi dan kemas.Agenda apa? Tanya sahaja pada yang membikinnya.

Saya tercari-cari andai sekiranya ada komen yang cuba mengulas isu ini. Pencarian saya tidak dikecewakan. Dalam helaian berikutnya, komentar yang cukup menarik dari seorang yang terkenal dengan kepintarannya menarik perhatian saya. Siapa lagi kalau bukan Nik Nur Madihah. Kata-katanya cukup sinis untuk menghiris helai demi helai keputusan yang diambil supaya matapelajaran dihadkan kepada sepuluh subjek.

Masakan tidak. Kiranya anak gadis yang sebegini susah dalam kehidupan sehariannya mampu untuk meletakkan komitmen sehingga Berjaya merangkul 20A, apataha lagi bagi ibu bapa yang mampu menyediakan pakej pelajaran yang terbaik buat anak mereka. Dihantar tiotion dan banyak lagi kelas tambahan.

Soalnya sekarang ialah mengapa perlu ada pengehadan dalam pencarian ilmu. Sepatutnya kita fahami bahawa sistem persekolahan bukanlah untuk melihat siapa yang jaguh atau lemah. Namun yang lebih penting perlu kita halusi ialah tempoh persekolahan ini ialah suatu ruang mendidik kita supaya menjadi pencinta ilmu. Kita tidak terbatas untuk memilih ilmu.

Yang lebih menyayat hati apabila memikirkan persoalan nasib anak-anak yang dihantar ke sekolah agama. Ketika ini ya, 15 dan ke atas subjek dapat di ambil. Pelbagai bidang.Bukan semata agama namun sains social dan sains hayat juga boleh diambil serentak. Dan perkara ini tidak pernah menjadi suatu permasalahan yang besar bagi mereka dan guru-guru yang mengajar. Malah sebagai asas dan bukti yang kukuh, pelajar-pelajar ini yang kebanyakkannya menjuarai medan akademik SPM yang ada hari ini. Lihat sahaja lembaran kisah sebelum ini, Siti Fatimah Mukhtar dengan kejayaan 18A nya, juga datangnya dari kepompong yang sama.

Saya terus menyelak helaian akhbar. Panas dalam suasana sejuk library. Kali ini terjumpa pula komentar dari penulis Berita Harian sendiri. Tajuknya masih agak bias. Namun isinya kembali neutral.Ada pesanan dan ingatan dari penulis ini.

Tajuk : Had subjek SPM tak pinggir pelajar aliran agama

Namun, di sebalik pengumuman Kementerian Pelajaran itu, ada juga yang melahirkan kebimbangan kemungkinan pelajar sekolah aliran agama terpinggir dalam jangka masa panjang terutama pelajar yang turut meminati bidang sains. Contohnya, seseorang calon mesti mengambil enam subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains. Dengan mengehadkan 10 subjek, seseorang calon hanya boleh mengambil empat lagi subjek iaitu Bahasa Arab Tinggi, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunah serta Pendidikan Syariah Islam. Ini bermakna, calon terbabit tidak lagi dapat mengambil subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Tambahnya lagi,

Ada yang berpendapat, langkah mengehadkan subjek itu bagaikan menyekat kebebasan individu yang berminat menggabungkan ilmu agama dan sains.

Kita sependapat dalam perkara ini dan harus dilihat semula oleh Kementerian Pelajaran kerana sains mampu menghuraikan inti pati yang terkandung dalam al-Quran. Asas pemahaman sains mesti dibentuk daripada awal, bukan menyekatnya pada peringkat awal. Jika pemisahan ini berlaku, pelajar Islam akan ketinggalan berbanding pelajar lain.

Saya agak bersetuju dengan pendapat penulis. Memag benar, pengurangan matapelajaran ini sakaligus akan membawa kepada factor pemisahan yang penulis nyatakan. Aliran agama akan mengusahakan supaya 10 itu diisi dengan agamanya. Dan bagi yang mahukan sains sekalpun ada minatnya pada agama terpaksa dahulukan sains dan meninggalkan agamanya.

Agenda apakah ini? Sama-sama kita nilai.Yang bakal merana generasi mendatang..siapa lagi kalau bukan anak-anak kita…

Sistem pendidikan jenih pa nih…!
%d bloggers like this: