Tema: Fiqh Pemacu Tamadun Sains dan Teknologi

Dirasmikan oleh:
Y. Berhormat Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir b. Baharom
Bahagian Hal Ehwal Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Anjuran:
Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST),UTM
dengan kerjasama
Jabatan Mufti Johor

Simposium kali pertama peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), UTM. Simposium dua hari ini merupakan inisiatif bagi menyediakan satu platform untuk para cendekiawan Islam membincangkan isu-isu Fiqh Sains dan Teknologi.

Simposium ini dijangka akan membuka peluang kerjasama saintifik antara agensi dan individu di peringkat kebangsaan untuk berkongsi penemuan berkenaan aktiviti-aktiviti dalam bidang Fiqh Sains dan Teknologi.


Objektif simposium ini adalah untuk:

1. Mewujudkan hubungan kerjasama serta rangkaian penyelidikan di kalangan pakar, ilmuan, penyelidik, profesional, golongan korporat dan aktivis Fiqh Sains dan Teknologi berhubung isu – isu semasa.

2. Menyebarkan maklumat berguna dalam aktiviti-aktiviti sains dan teknologi berlandaskan prinsip-prinsip fiqh.

3. Menjadi wadah bagi para pakar membincangkan kaedah dan hala tuju penyelidikan berkaitan isu-isu saintifik Fiqh Sains dan Teknologi.

4. Menggalakkan penyelidikan dalam Fiqh Sains dan Teknologi untuk diketengahkan dalam masyarakat.

5. Mengenalpasti skop dan tren penyelidikan yang relevan bagi penyelidik untuk diketengahkan kepada masyarakat dan golongan profesional.


KUMPULAN SASARAN

Peserta

– peserta simposium ini dijangkakan terdiri daripada ahli-ahli akademik daripada IPTA/S di Malaysia, pegawai

– pegawai di Jabatan Mufti, Majlis

– Majlis Agama Negeri, syarikat swasta dan kumpulan profesional yang terlibat dalam bidang pengurusan sains dan teknologi. Simposium ini mensasarkan peserta seramai 300 orang.


TARIKH

10 – 11 Disember 2009

TEMPAT
HOTEL GRAND PARAGON, Jalan Harimau, Taman Century, Johor Bahru

TAJUK PEMBENTANGAN

  • Peranan penyelidikan dalam penyelesaian masalah Fiqh Sains dan Teknologi
  • Isu-isu semasa dalam Fiqh Sains dan Teknologi (Halal sains)
  • Peranan CFiRST dalam menangani isu-isu Fiqh Sains dan Teknologi
  • Cabaran mengeluarkan fatwa dalam era sains dan teknologi
  • Fiqh Malaysia: isu sains dan teknologi
  • Cabaran dalam kajian sains berteraskan fiqh
  • Ekonomi halal dalam pasaran global
  • Kaedah dan perlaksanaan hub halal di Malaysia

PEMBENTANG-PEMBENTANG UTAMA

Profesor Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid

PROFESSOR DI JABATAN FIQH & USUL, UIAM

Mempunyai kepakaran dalam bidang Syariah. Kini menjawat jawatan Timbalan Dekan ISTAC, UIAM. Merupakan mantan Pengarah Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, ahli panel Syariah Public Bank dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pendidikan Islam (LEPAI) di bawah Majlis Raja-Raja.

Dato’ Haji Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz

KETUA PENGARAH JAKIM

Mula bertugas di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 1982. Beliau juga merupakan bekas Ketua Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pernah mengetuai Bahagian Penyelidikan, JAKIM dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM pada 2004. Kini Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan

KETUA PENGARAH IKIM


Y. Bhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan adalah Ketua Pengarah IKIM dan telah berkhidmat di IKIM selama 16 tahun. Memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Perniagaantani, Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1979. Pernah dilantik sebagai Dekan Fakulti tersebut pada Ogos 1987 hingga Julai 1989, Felo
Pelawat di Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford University, United Kingdom. Menjadi Dekan, Fakulti Siswazah Lanjutan, UIAM (1992), Penolong Ketua Pengarah dan Pengarah Pusat Ekonomi, Kajian Sosial dan Teknologi IKIM (1997). Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Shariah Pelaksanaan “MS 1900 Quality Management System – Requirements From Islamic Perspectives”, SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Ahli Majlis Pengawasan Shariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd., Ahli Lembaga Penasihat Fakulti Pengajian Islam, UKM dan Ahli Jawatankuasa Operasi Agihan Zakat, Lembaga Zakat Selangor.

Prof. Dato’ Ir. Dr.
Zaini Ujang

NAIB CANSELOR UTM

Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang adalah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Merupakan tokoh dalam bidang Kejuruteraan Air Pengurusan Bersepadu Ekosistem, Industri Ekologi dan Alam Sekitar di Malaysia. Kepakaran utama dalam bidang rawatan air dan air sisa menggunakan kaedah inovatif seperti Teknologi Membran dan Cleaner Production. Penerima termuda Anugerah Merdeka 2009 dalam kategori Pencapaian Ulung Akademik. Turut menyandang jawatan Felo Akademik Sains Malaysia, Penasihat Kanan Prince Khalid Ibn Sultan, Chair of Water Research, King Saud University, Arab Saudi, Pengerusi Kualiti Alam Sekitar Malaysia, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Malaysia (SPAN) dan Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia (2007-2011). Merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli, UTM, Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa dan Pengerusi Kumpulan Pakar Negara Membangun bagi Teknologi dan Pengurusan Air.

Prof. Dato’ Dr Mohd Yusof Haji Othman


PENGARAH INSTITUT ISLAM HADHARI, UKM


Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman pakar dalam bidang Fizik dan Falsafah Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah menyandang jawatan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UKM sehingga 2007. Menerima Anugerah Saintis Cemerlang 2004 dan 2005 dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Di anugerahkan WREN PIONEER oleh World Renewable Energy Council / Network (2004), Anugerah Penghargaan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427H (2007), Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1428H Peringkat Negeri Pulau Pinang (2008). Kini merupakan Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM.

Hj. Abdullah Fahim A. Rahman

HALAL CONSULTANT

Tuan Hj. Abdullah Fahim mantan Pengarah Penyelidikan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (1993-1998) di Jabatan Perdana Menteri. Banyak terlibat dalam penyediaan kertas kerja kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu berkaitan halal. Ketika beliau memegang jawatan Pengarah Penyelidikan, persijilan dan logo halal diperkenalkan oleh JAKIM iaitu pada tahun 1994. Menubuhkan syarikat sendiri yang menjalankan perundingan dalam pengiktirafan halal di peringkat nasional dan antarabangsa. Kini merupakan Setiausaha Kehormat World Halal Food Council sejak tahun 2002. Berpengalaman luas dalam pengauditan halal dan persijilan khususnya rumah penyembelihan, makanan, kosmetik dan makanan tambahan. Menyertai IFANCA atau dikenali South East Asia Representative dan telah menubuhkan Associated World Halal Organization (AWHO).

Dato’ Hj. M. Tahrir bin Kiyai Dato’ Hj. Samsudin

MUFTI NEGERI JOHOR

Dato’ Hj. M. Tahrir bin Kiyai Dato’ Hj. Samsudin, SPMJ., PIS. merupakan Mufti Negeri Johor di Jabatan Mufti Johor. Mempunyai kepakaran dalam bidang Syariah. Merupakan mantan Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Jabatan Agama Johor (1992-2004), Timbalan Mufti Negeri Johor (1998-2008) dan Pengarah MARSAH (2003-2008).


YURAN PENYERTAAN
*

Professional

RM400 seorang

RM350 seorang (berkumpulan 5 orang atau lebih)

Pelajar IPT

RM100 seorang (terhad 50 orang)


KAEDAH BAYARAN

Bayaran hendaklah melalui cek berpalang / bank deraf atau kiriman wang elektronik atas nama:

BENDAHARI UTM

No. Akaun: 0118-0000001-05-1

Nama Bank: CIMB Bank Berhad

Cawangan: UTM Skudai, Johor


PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pn. Sapiah Sulaiman (019-7540079)
Cik Fadzlin Md. Sairan
(019-7357878)

Sekretariat FST’09 di alamat: K-Economy Research Alliance, Aras 3, Blok F54, Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor

Tel./Faks : 07-5537829 Emel: sapiah@utm.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / fadzlin@utm.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Muat turun : Brosur FST’09

SIMPOSIUM KEBANGSAAN FIQH SAINS DAN TEKNOLOGI (FST’09)
%d bloggers like this: