1 Mei 2017 || 4 Syaaban 1438H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || Selamat Hari Pekerja!
=======================

Hari Pekerja merupakan hari yang didedikasikan khas kepada semua pekerja di Malaysia untuk kita menghargai jasa mereka dalam bekerja untuk meningkatkan produktiviti dan menjayakan matlamat dalam sesuatu organisasi.
Pekerja di sini bukan hanya petani sahaja seperti kita lihat di ikon kalendar, malah pekerja di sektor am, swasta, mahupun bidang-bidang yang lain juga merupakan seorang pekerja.

Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kita dapat melihat para pekerja yang terdiri daripada pensyarah yang mengajar anak didiknya tanpa jemu, pembantu tadbir yang menguruskan hal-hal pejabat, para tukang pembersih kawasan yang membantu mencantikkan dan menceriakan lagi suasana di UTM, malah banyak lagi profesion pekerjaan yang tidak dapat disenaraikan di sini.

Untuk menjadi seorang pekerja yang berkualiti, haruslah diingat bahawa sentiasa ikhlaskan niat bekerja kerana Allah SWT, dan bukannya mengharapkan gaji yang besar dan pangkat yang tinggi semata-mata kerana sesungguhnya Allah itu Ar-Razaq, iaitu Maha Pemberi Rezeki kepada hamba-Nya yang dikehendaki.

Tidak lupa juga, sentiasa jadikan segala pekerjaan kita pada setiap detik sebagai suatu ibadah kepada Allah agar kita dapat melakukan kerja dengan amanah, baik dan lebih produktif. Ingatlah akan firman Allah SWT dalam surah Az-Zalzalah, ayat 7:
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ.
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya.”

Kami dari PMI UTM ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja UTM. Lakukan yang terbaik dalam segala pekerjaan anda. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua, warga UTM khususnya.

#selamatharipekerja
#PMIBERSAMAMU

Selamat Hari Pekerja!
%d bloggers like this: