SKUDAI, 25 MEI 2012- Satu majlis berunsurkan ilmiah, wacana ilmu telah berjaya diadakan kali ketiga dengan usaha PMIUTM  bertempat di Dewan Al-Marbawi, Fakulti Tamadun Islam,UTM. Wacana ilmu yang diadakan pada kali ini bertajuk “Satu Undi, Satu Kewajipan. Mahasiswa Pedulikah Anda?”. Tiga orang ahli panel telah dijemput iaitu saudara saudara Mohd Qadhir (wakil Pro-Mahasiswa), Darren Lai (wakil dari Rakan HEMA) dan PM Dr Azmi yang merupakan Dekan Fakulti Tamadun Islam.

Mari kita ikuti rakaman video Wacana Ilmu
Bacaan doa diketuai oleh saudara Hazim
Saudari Atiqah Shaari – Moderator wacana ilmu

Wacana ilmu yang dimulakan pada jam 9.15 malam ini dipengerusikan oleh moderator saudari Nur Atikah Shaari. Sebagai soalan pembukaan, moderator telah mengutarkan soalan mengenai kesan penggubalan akta  AUKU keatas pergerakan mahasiswa secara khususnya sebelum dan selepas akta ini berkuatkuasa. Ketiga-tiga ahli panel telah memberikan penerangan dan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut. Di dalam pusingan pertama saudara Darren Lain mengambil contoh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah yang mampu  berjaya di dalam politik walaupun AUKU dilaksanakan. Saudara Qadhir pula menyatakan hasil daripada pembacaan beliau mengenai sejarah gerakan mahasiswa hanya persatuan yang berjuang atas sesuatu ideologi yang dapat bergerak setelah terpindanya AUKU.  Secara amnya, mahasiswalah mencorakkan pergerakan mereka sendiri dan bertindak menangani sesuatu keadaan dengan mencari cara penyelesaian yang terbaik dan berhemah.
Prof Dr Azmi – Dekan Fakulti Tamadun Islam UTM
Saudara Qadhir – Pro-Mahasiswa
Saudara Darren Lai – Rakan HEMA

Pada pusingan seterusnya mereka membincangkan mengenai aspek penglibatan mahasiswa dalam politik negara dan persatuan di kampus. Menurut ahli panel, mahasiswa harus cakna dengan keadaan politik negara. Selain itu mahasiswa haruslah melibatkan diri dalam persatuan-persatuan yang terdapat di universiti supaya dapat membentuk jati diri dan sifat kepimpinan sebelu berhadapan dengan dunia luar yang lebih mencabar. Kampus adalah satu medan mengasah bakat untuk digunakan oleh mahasiswa untuk bersama-sama di dalam masyarakat di luar kelak.

Pada pusingan terakhir para panel diberi soalan-soalan mengenai tentang tajuk yang dibincangkan iaitu kewajipan mahasiswa dalam politik.

Di akhir majlis tersebut terdapat jamuan ringan untuk hadirin yang hadir. Program wacana ilmu seperti ini harus diteruskan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan kesedaran kepada seluruh warga UTM khususnya golongan mahasiswa. Setiap mahasiswa seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu dan isu-isu semasa dan mempunyai kemahiran untuk membezakan dan menegakkan perkara yang benar dan menentang perkara  yang salah. Mahasiswa merupakan tunjang negara pada masa akan datang.

SATU UNDI SATU KEWAJIPAN – MAHASISWA PEDULIKAH ANDA?
%d bloggers like this: