Rukun Tetangga Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (RTM UTM) diusul untuk ditubuhkan atas dasar dan matlamat untuk mengurangkan kadar masalah sosial yang berlaku dalam kampus dewasa ini khususnya dalam kalangan mahasiswi. Ia merupakan cambahan idea dan pendapat dari pelbagai pihak, khususnya mahasiswa/i UTM sendiri yang rata-rata daripada mereka menghadirkan kerisauan terhadap gejala sosial yang berlaku dalam kampus ini, sebagai contoh seperti mahasiswa pecah masuk blok mahasiswi, bonceng dan sebagainya. Selain itu juga, RTM UTM juga ditubuhkan untuk mewujudkan suatu konsep perpaduan dalam masyarakat kampus, merapatkan hubungan antara kaum, interaksi sosial dan sebagainya. Perkara ini merupakan salah satu daripada gagasan dan saranan universiti sendiri dalam mewujudkan perpaduan antara kaum di universiti.

Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Islam UTM, dengan kerjasama Pusat Islam UTM, Unit Keselamatan UTM dan dan Jabatan Kebajikan dan Pelestarian Kampus (JKPK) Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUTM) berusaha untuk menubuhkan Rukun Tetangga Mahasiswa UTM atas dasar dan matlamat seperti diatas. Ini juga berorientasikan penyerlahana bakat kepimpinan dan nilai integriti mahasiswa itu sendiri, yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
Menurut statistik dan dapatan kajian daripada Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM (HEMA), pihak ini telah menjalankan kajian mengenai tahap masalah sosial secara keseluruhan daripada hampir 377 respondent yang terdiri daripada mahasiswa/i UTM pengajian sarjana muda.
Taburan tahap masalah sosial secara Keseluruhan
tahap
kekerapan
peratus
Tinggi
196
52.0
Sederhana
178
47.2
Rendah
3
0.8
jumlah
377
100
Secara keseluruhan kajian ini mendapati, seramai 196 orang responden atau 52.0% mengatakan bahawa masalah sosial di UTM ini adalah tinggi, manakala 178 orang atau 47.2% mengatakan sederhana dan hanya 3 orang atau 0.8% mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah. Data yang didapati ini jelas menunjukkan bahawa tahap masalah sosial di UTM berada ditahap yang membimbangkan. 
Selain daripada masalah sosial, pihak Unit Keselamatan juga kerap mendapat aduan daripada mahasiswi khususnya, mengenai masalah gangguan pekerja asing yang memasuki blok-blok kediaman siswi dan juga permasalahan sosial yang lain seperti mahasiswa yang menceroboh masuk blok kediaman mahasiswi dan sebagainya. Adalah menjadi suat
u kewajipan dan tanggungjawab daripada pihak Persatuan Mahasiswa Islam UTM untuk mengusulkan kertas kerja cadangan ini untuk menubuhkan Rukun Tetangga Mahasiswa UTM, sebagai langkah awal untuk mengurangkan sekaligus menghapuskan permasalahan sosial dalam masyarakat kampus.

Rukun Tetangga Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (RTM UTM)
%d bloggers like this: