Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Allah SWT masih lagi memberi kita nikmat masa dan kehidupan untuk kita mengumpul sebanyak mana amal yang boleh menjadi teman kepada kita di alam akhirat kelak insyaAllah.

Di sini terdapat sedikit laporan mengenai program-program yang telah dilaksanakan oleh PMIUTM dari mula awal semester sehinggalah hari ini untuk santapan warga kampus dan pembaca sekalian.

1.Wacana Ilmu

Pada 17 Mac 2102, PMIUTM telah menganjurkan wacana ilmu yang bertajuk “Kampus dan kepimpinan mahasiswa menurut Islam”.

Wacana ini telah menampilkan Tuan Haji Kassim Thukiman,pensyarah kanan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan UTM bersama saudara Muhajirih Ahmad, mantan Presiden PMIUTM dan Saudara Munzir bin Musa, Presiden PMIUTM sebagai ahli panel pada malam tersebut. Alhamdulillah moderator saudara Khalid telah berjaya membawa program pada malam tersebut dengan jayanya.

2. Bengkel RTM

10 Mac 2012, bertempat di Dewan Al-Marbawiy,Fakulti Tamadun Islam alhamdulillah satu bengkel telah dijalankan untuk membantu skuad RTM memperkasakan kaedah “amar makruf dan nahi munkar”. Sejak awal semester telah ada satu pergerakan induk RTM yang membabitkan setiap kolej untuk bergerak.Pada 1 Mac 2012 semua kolej telah menjalankan pemantauan di kolej masing-masing dan pasukan RTM induk telah memantau di kawasan-kawasan tumpuan umum di sekitar kampus.

3.Sudut pidato

Pada sudut pidato pertama iaitu pada 24 Februari 2012, PMIUTM membincangkan mengenai “Isu Revolusi Syria”.Pada pidato ini terdapat tiga pemidato yang telah menyampaikan pidato mereka.Pemidato yang pertama iala Presiden PMIUTM saudara Munzir,Pengerusi HEWI PMIUTM saudari Khairul Wafak dan terakirnya ialah wakil dari pelajar antarabangsa iaitu saudara Saeed.

Sudut pidato kedua iaitu pada 9 Mac 2012 pula bertajuk “Gaya Kepimpinan Rasulullah” di mana membincangkan mengenai politik dari sudut pandang Islam.Pidato disampaikan oleh dua orang pimpinan PMIUTM iaitu Pengerusi Lajnah Pendidikan dan Kepimpinan, Saudara Khalid dan Timbalan Pengerusi Lajnah Sukan dan Kebudayaan, Saudari Nor Anis.Dibawah ada disertakan sedikit pidato yang dirakam.

4.Kuliah Tafaqquh

Dalam usaha PMIUTM untuk menyampaikan input yang berguna PMIUTM telah bekerjasama dengan Fakulti Tamadun Islam dan Pusat Islam untuk menganjurkan kuliah tafaqquh yang membincangkan perkara asas fardu ain yang wajib dipelajari oleh setiap muslim.

5.Mutiara Srikandi

Dalam kesempatan jemaah muslimin menunaikan ibadah solat Jumaat, HEWI PMIUTM telah bekerjasama bersama Pusat Islam UTM untuk mengadakan kuliah khas untuk mahasiswi. Kehadiran daripada mahasiswi UTM adalah menggalakkan.Tahniah diucapkan kepada srikandi-srikandi UTM. Semoga terus komited dalam menghadiri “taman syurga” seperti ini di bumi UTM.IsnyaAllah

Selain daripada program di atas terdapat beberapa program lagi yang tidak dimasukkan di dalam laporan di atas. Semoga masyarakat kampus dapat menyokong usaha kami dalam menghidupkan suasana islamik di dalam kehidupan seharian kita di kampus UTM ini. Sebarang maklumat program terdekat akan dimaklumkan di dalam group fb PMI iaitu “Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia”. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. InsyaAllah.

Laporan oleh :
Muhammad Ridzuan bin Md Said
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Multimedia
Persatuan Mahasiswa Islam
:: PMI bersamamu ::

Rentetan perjalanan PMIUTM di awal semester 2 2012
%d bloggers like this: