17 September 2011:Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) & Rakan Pusat Islam (RPI) UTM telah menganjurkan REHLAH SEPAGI BERSAMA SAHABAT BARU PMI & RPI.

Alhamdulillah , kelihatan ceria di tampak wajah mahasiswa/i baru yang hadir ke rehlah pagi ini. Untuk pengetahuan sahabat, sambutan program ini sangat menggalakkan. Bahkan ada diantara mahasiswa/i baru yang sanggup berkumpul di kolej kediaman masing-masing seawal jam 6.30 pagi. Inilah semangat mahasiswa/i UTM yang bukan sahaja mempunyai minda yang cerdas bahkan tubuh badan yang cergas.

Penyertaan dari 30 orang mahasiswa dan 50 orang mahasiswi ke Program Rehlah ini diceriakan lagi dengan kehadiran Nain Canselor UTM, Prof Zaini Ujang yang beriadah menunggang kuda mengelilingi UTM. Dengan kesempatan ini kami sempat beramah mesra dengan NC UTM dimana yang kita sedia maklum, NC UTM yang amat kita sayangi sangat menitik beratkan kesihatan tubuh badan serta kepentingan bersukan disamping cemerlang dalam bidang akademik.


Program Rehlah Sepagi Bersama Sahabat Baru dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Mohd Zaki bin Haron,Presiden PMIUTM dan Ahmad Ridha Sabri, Presiden RPIUTM. Seterusnya, adik-adik mahasiwa/i dbahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap ahli kumpulan terdiri dari pelbagai kolej kediaman. Mereka sempat berkenalan(bertaaruf) sesama ahli sebelum permaian ‘ala explorace’ bermula. Aktiviti ini juga dapat menambahkan lagi kenalan mereka di universiti ini justeru menjalinkan ukhuwah persahabatan antara mereka serta ahli jawatankuasa rehlah yang terdiri daripada senior-senior PMIUTM & RPI.

Bermulanya perjalanan ‘explorace’ dimana setiap kumpulan dberikan pembayang setiap tempat yang patut ditujui. Sebanyak 13 ‘checkpoint’ dan ini bermakna 13 tugasan setiap kumpulan wajib laksanakan. Nampak seperti banyak tugasan yang diberikan, namun adik-adik mahasiswa/i tetap bertungkus-lumus melaksanakan tugasan tersebut dengan hati yang tenang, ceria serta ikhlas keranaNya.

Antara perkara yang ingin diterapkan oleh pihak PMIUTM & RPIUTM adalah:

1. Mengeratkan ukhuwah persahabatan antara ahli PMIUTM & RPIUTM yang baru dan yang senior

2. Mencungkil bakat yang ada pada mahasiswa/i baru serta perkongsian ilmu yang berkaitan asas-asas Islam.

2. Ketegasan dalam perlaksanaan sesuatu kerja dan program yang melibatkan dua jantina yang berlainan perlu menjaga batas-batas pergaulan, dimana pihak perlaksana program tidak menggabungkan sekali adik-adik mahasiwa/i dalam satu kumpulan yang sama. Ini sama sekali tidak menghalang kerjasama antara dua jantina yang berlainan, tetapi hanya menjaga adab-adab dan mengetahui batas-batas pergaulan sesama mereka.

Alhamdulillah, program rehlah tamat hampir jam 11.00 pagi dan adik-adik mahasiswa dan mahasisiwi serta jawatankuasa perlaksana dihidangkan sedikit jamuan ringan dan program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah. Syukur dipanjatkan kehadrat Illahi akhirnya program ini dapat berjalan dengan lancar dengan izinNya. Moga ukhuwah yang terbina tidak terhenti setakat ini sahaja dan moga berjumpa lagi pada program-program PMIUTM yang akan datang.

Rehlah bersama Sahabat Baru PMI & RPI
%d bloggers like this: