24 Mei 2016 || 17 Syaaban 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمAlhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kedua-dua pendaki Everest UTM iaitu Azim Afif Ishak dan Mohd Farul Aidib Mahamad Yusoff yang telah berjaya sampai ke puncak Gunung Everest pada jam 11.45 pagi waktu tempatan pada 23 Mei 2016 iaitu semalam. Mereka mendaki melalui Tibet dan memulakan pendakian dari Camp 3 pada jam 11.45 malam tadi.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar, mengucapkan tahniah dengan kejayaan pasukan berkenaan dan memberi penghargaan kepada Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, selaku penasihat projek pendakian itu yang memberikan sokongan dan dorongan sehingga kejayaan dicapai.

Sebelum ini, misi pendaki UTM untuk mendaki Gunung Everest telah gagal sebanyak dua kali berikutan gempa bumi pada tahun lalu dan runtuhan salji pada 2014 di Nepal menyebabkan pada tahun ini percubaan menawan puncak tertinggi dunia itu memilih laluan baru menerusi Tibet.

PMIUTM disini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kejayaan yang gilang-gemilang tersebut dan juga turut merasa kagum dengan kecekalan dan usaha pasukan pendaki Everest UTM.

Diharapkan dengan pencapaian ini, ia juga mampu memberi semangat dan contoh kepada mahasiswa-mahasiswa diluar sana untuk tidak berputus asa dengan sesuatu perkara yang mereka lakukan. PMIUTM juga mendoakan agar mereka selamat pulang ke tanah air.

‘Meneraju Kesatuan Ummah’
‪#‎PMIBERSAMAMU‬
‪#‎EVERESTMISSION‬
‪#‎congratulation‬
‪#‎UTMAWESOME‬

media template

PMIUTM | | UTM DI PUNCAK DUNIA
%d bloggers like this: