14 Mac, Skudai : Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei di atas kejayaan beliau mempertahankan kejuaraan All England bagi kategori perseorangan lelaki malam tadi.
“Kejayaan Datuk Lee Chong Wei adalah kejayaan untuk kita semua” ujar Mohd Zaki Haron, Presiden PMIUTM ringkas.
 Pemain perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk membenamkan musuh ketatnya dari China, Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.
Kejayaan itu merupakan kemenangan kali kedua Chong Wei dalam kejohanan All England selepas tahun lalu berjaya memenanginya selepas menewaskan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19.

PMIUTM ucap tahniah kejayaan Chong Wei
%d bloggers like this: