17 Ogos 2016 || 14 Zulkaedah 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PMIUTM | TENTANG KASHMIR

Serangan di Kashmir, India baru-baru ini telah mengorbankan seramai 5 orang yang dilaporkan meningkat jumlah keseluruhannya seramai 60 orang semenjak tahun 2010 manakala 20 orang lagi cedera dalam keganasan yang melibatkan penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan India.

Insiden itu berlaku sejurus penduduk Kampung Raipanthan berkumpul di jalanan untuk membantah taktik agresif anggota keselamatan ketika melakukan tugasan rondaan semalaman untuk menguatkuasakan perintah berkurung.
Isu di Kashmir telah mendapat perhatian dunia Islam sejak lebih 60 tahun yang lalu apabila nasib hidup mereka untuk merdeka dinafikan. Kashmir diibaratkan sebagai Palestin Kedua di mana majoriti penduduk di sana ialah beragama Islam dan sering berlakunya penindasan melibatkan masyarakat.

Mengimbas kembali sejarah di Kashmir semenjak 1947 apabila Pakistan dan India ingin mendapatkan kemerdekaan daripada British, ia merupakan salah sebuah wilayah daripada ratusan wilayah yang menjadi rebutan oleh Pakistan dan India. Pemimpin Kashmir pada ketika itu gagal mengurus pergolakan yang berlaku apabila berlaku perebutan wilayah di Kashmir yang akhirnya menyebabkan episod hitam menghantui masyarakat di sana.

Justeru, PMIUTM menyeru seluruh masyarakat umum dan khususnya yang beragama Islam bersama-sama menunjukkan solidariti terhadap rakyat Kashmir yang dinafikan hak mereka. Agensi Hak Asasi Manusia sewajarnya memainkan peranan yang penting terhadap isu ini agar nyawa yang tidak berdosa tidak lagi menjadi taruhan.

Meneraju Kesatuan Ummah

‪#‎PMIBERSAMAMU‬
‪#‎SOLIDARITIMAHASISWA‬
‪#‎PRAYFORKASHMIR‬

14045924_10153976525818315_4408038792282642014_n

PMIUTM | TENTANG KASHMIR
%d bloggers like this: