24 JANUARI 2016 || 15 Rabiu’l Akhir 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || TAKZIAH : TRAGEDI KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN

PMIUTM mengucapkan takziah buat 5 orang mahasiswi Universiti Mu’tah, Jordan yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi (Waktu Jordan).

Menurut Facebook rasmi Education Malaysia Jordan kesemua pelajar itu yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah.

3 daripada pelajar berkenaan telah meninggal dunia manakala 2 lagi pelajar cedera. Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.

Mangsa yang terselamat dirawat di Hospital Mafraq.Semoga keluarga arwah diberikan kekuatan dan tabah menghadapi ujian ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

AL-FATIHAH

“Meneraju Kesatuan Ummah”

Sumber : Astro Awani & The Malaysian Insider

#PMIBERSAMAMU #TAKZIAH #PELAJARJORDAN

12573748_10153500243733315_5893300542541373337_n

PMIUTM || TAKZIAH : TRAGEDI KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN
%d bloggers like this: