20 Disember 2015 || 9 Rabiu’l Awwal 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PMIUTM || TAHNIAH & TAKZIAH PIMPINAN BARU GAMIS PUSAT !

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya muktamar Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) Pusat yang dihadiri oleh perwakilan daripada semua kampus di seluruh Malaysia.

Ucapan tahniah dan takziah diucapkan kepada saff pimpinan baru GAMIS Pusat sesi 2016/2017 atas perlantikan tersebut. Sesungguhnya setiap taklifan yang diterima itu adalah amanah yang harus dijalankan dengan sebaik mungkin kerana amanah itu akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Hadits dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepimpinannya. Seorang imam (amir) pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (karyawan) bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (HR. Bukhari).

PMIUTM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pimpinan GAMIS Pusat dan terus istiqamah dalam membawa gagasan baru “Bersama Melangkah Menuju Perubahan.” Semoga barisan saff kepimpinan baru kali ini mampu melebar luaskan sayap tarbiyah, dakwah dan siasah ke seluruh Malaysia ini. Insyaallah.

Saff Kepimpinan GAMIS Pusat 16/17

Presiden: Afiq Awang Bakar
Timbalan Presiden: Hanif Mahpa
Naib Pres 1: Syamil Hafizi Mahzir
Naib Pres 2: Syafiq Jamaluddin

Pengerusi SIGMA: Nor Wahidah Mohd Zamri
Timbalan Pengerusi SIGMA: Nor Sakinah Arifin
Naib Pengerusi SIGMA: Halimah Saadiah

SUA: Afiq Rumainor
TSUA 1: Zainab Awatif Omar
TSUA 2: Siti Nur Athirah Ibrahim

Bendahari: Mohd Nazri Zulkifli
Timbalan Bendahari: Nadzirah

Pengerusi MTKN: Hariz Musa
Timbalan pengerusi: Syazwani Radzi

Pengerusi MDK: Muhammad Syaqirin Bin Mohd Suhaimi
Timbalan pengerusi: Asmaa Safar

Pengerusi MPN: Muhammad Qayyum bin Mohd Nasir
Timbalan pengerusi: Nursyima Nadia Mohamad Hidayat

Pengerusi MPI: Farouk Hamzah
Timbalan Pengerusi: Nur Afyfah Suwadi

Pengerusi MTW: Afini Binti Yahaya

Pengerusi Jabatan Kajian dan Intelektual: Ahmad Zaim Hussin
Timbalan JKI: Intan Nur Ashilla Binti Mohd Apandi

GAMIS 16/17 || “Bersama Melangkah Menuju Perubahan”

PMIUTM || “Meneraju Kesatuan Ummah”

#PMIBERSAMAMU

gamisss

PMIUTM || TAHNIAH & TAKZIAH PIMPINAN BARU GAMIS PUSAT !
%d bloggers like this: