12716400_10153539933853315_102618087452819998_o

 

15 FEBRUARI 2016 || 6 JAMADIL AWWAL1437 H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || SEMESTER BARU, MOMENTUM BARU !!

Alhamdulillah selawat dan salam diucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Setelah hampir sebulan bercuti, kini bermulalah fasa perjuangan sebagai seorang mahasiswa pada sesi semester kali ini.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلىَ الجَنَّةِ

“Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga.”

Justeru itu, PMIUTM mencadangkan beberapa tips berguna kepada mahasiswa/wi UTM sebagai momentum permulaan semester.

1) Persediaan fizikal & mental untuk menghadapi semester yang semakin mencabar.

2) Strategi pengurusan diri & akademik perlu diatur supaya dapat meningkatkan prestasi dalam segala aspek.

3) Jom sama-sama perbaharui NIAT lillahi taala. Niat mestilah diiringi dengan usaha yang gigih & tindakan yang proaktif bagi mencapat target.

Akhir kalam, PMIUTM mendoakan agar kita dipermudahkan urusan untuk mengharungi semester ini dengan baik dan lebih tersusun serta dapat meningkatkan potensi yang ada pada diri masing-masing.

Muhammad Afiq Bin Kamil Nasuruddin,
Pengerusi Exco Pendidikan & Kepimpinan,
Persatuan Mahasiswa Islam UTM.

” MENERAJU KESATUAN UMMAH ”

#PMIBERSAMAMU #NEWSEMESTER#NEWMOMENTUM

PMIUTM || SEMESTER BARU, MOMENTUM BARU !!
%d bloggers like this: