11 Ogos 2015 || 26 Syawal 1436H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || Pengumuman Keputusan Ke IPTA Sesi 2015/16

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Ke IPTA Sesi 2015/16 boleh disemak pada hari ini mulai jam 12.00 tengah hari. Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau laman web rasmi MOE.

Justeru itu, PMIUTM mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapatkan tempat di IPTA khususnya UTM. Semoga semua pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia​, akan dapat menjadi mahasiswa yang holistik sejajar dengan visi dan misi universiti.

Sebarang persoalan atau informasi mengenai kemasukan ke UTM bolehlah merujuk kepada group berikut:

1) https://www.facebook.com/groups/UTMOsem/
2) https://www.facebook.com/groups/pmiutm/

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan jalannya menuju syurga.” (HR Muslim)
Sekian.

PMIUTM || “Bersama Membangun Ummah”
UTM || “Kerana Tuhan Untuk Manusia”

#PMIBERSAMAMU

Poster UPU 700px

PMIUTM || SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SESI 2015/16
%d bloggers like this: