23 DISEMBER 2015 || 12 RABIUL AWAL 1437 H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || SANAH HELWA RASULULLAH !

Assalamualaikum w.b.t,

Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa A’la Alihi Wasohbihi Wasallim.

Tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, Kota Makkah bercahaya dengan kelahiran seorang pemuda yang menjadi rahmat dan cahaya kepada umat manusia. Pada saat kelahiran baginda, seluruh Arasy bergetar menunjukkan kebahagiaannya, seluruh langit dipenuhi cahaya yang bersinar terang dan para Malaikat bergemuruh memanjatkan tahlil dan beristighfar kepada Allah SWT. Baginda ialah Nabi Muhammad bin Abdullah Bin Abdul Muthalib ,junjungan besar kita sebagai umat Islam, insan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang kepada setiap umatnya.
Allah berfirman dalam Surah Al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud:
“Dan tiadalah kami mengutus kamu , melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam”.

Cinta dan kasih sayang Baginda kepada umatnya sangat besar, sehingga tidak mungkin diperoleh daripada Nabi-Nabi sebelum Baginda.Dalam Sahih AlBukhari dinyatakan,

“Aku ingin melihat saudara-saudaraku.” Para sahabat bertanya, “ Rasulullah , bukankah Kami saudara-saudaramu?” Rasulullah SAW berkata, “Kalian adalah sahabatku, saudara-saudaraku adalah yang belum datang, aku akan menjumpai mereka di telaga (kemudian nanti di syurga).”Mereka berkata lagi, “Rasulullah, bagaimana engkau mengetahui siapa yang akan datang selepas engkau dari umat ini?” Rasulullah SAW berkata “ Bagaimana mengikut kalian jika seorang mempunyai kuda yang cantik berkilat di tengah kuda yang hitam kotor; apakah dia akan mengenali kudanya?” Mereka berkata “ Ya” lalu Rasulullah SAW meneruskan, “Sesungguhnya mereka (umatku) datang di hari kiamat dengan bercahaya dari tanda-tanda bekas wudhuk dan aku akan menemui mereka di tangga syurga.”

Oleh itu PMIUTM mengajak semua mahasiswa/I untuk memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullah SAW bersempena hari kelahiran Baginda dan menyingkap kembali kisah pengorbanan baginda dalam menyebarkan dakwah Islam supaya sampai kepada kita umat sekarang.

Rasulullah SAW bersabda
“Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali maka Allah akan menurunkan rahmatnya sebanyak 10 kali ganda “ (HR Bukhari).

“Meneraju Kesatuan Ummah”

#AllahummaSolliAlaSaidinaMuhammad
#PMIBERSAMAMU

1379500_10153438688668315_7937519968743548462_n

PMIUTM || SANAH HELWA RASULULLAH !
%d bloggers like this: