5 Julai 2016 || 30 Ramadhan 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PMIUTM || PRAY FOR MADINAHDua orang dilaporkan terbunuh dalam satu letupan di luar Masjid Nabawi di bandar raya ini, malam tadi.

Menurut laporan Al Jazeera, gambar dalam media sosial menunjukkan kepulan asap daripada satu kebakaran di luar masjid berkenaan.

Punca letupan itu belum dapat dipastikan segera. Ada beberapa laporan beranggapan ia satu insiden pengebom bunuh diri manakala yang lain menyebut berlaku letupan gas.

Sementara itu, dalam satu laporan berasingan, AP menyebut satu letupan berlaku di bandar raya suci itu apabila dua pengebom bunuh diri bertindak menyerang di dua bandar raya berbeza tanpa membunuh sesiapa.

Laman web Sabq melaporkan imej menunjukkan ada kebakaran di luar salah satu bangunan yang bertentangan dengan Masjid Nabawi.

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan seorang cedera dalam siri serangan bom bunuh diri di Arab Saudi pada Isnin, termasuk di Masjid Nabawi, Madinah. Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

PMIUTM mengajak seluruh umat Islam mendoakan keselamatan untuk mereka dan dilindungi oleh Allah S.W.T

sumber : BH ONLINE, ASTRO AWANI

13620812_10153870691548315_3662952956695504584_n

PMIUTM || PRAY FOR MADINAH
%d bloggers like this: