23 JANUARI 2016 || 14 Rabiu’l Akhir 1437 H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || PMIUTM bantah TPPA!

TPPA merupakan isu hangat yang diperdebatkan saban hari dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ini kerana kesan TPPA ini bakal menentukan nasib negara kita, Malaysia tercinta pada masa hadapan sekiranya perjanjian ini dipersetujui oleh pemimpin negara. Mahasiswa terutamanya harus sedar mengenai hal ini dan keluar daripada kepompong bilik kuliah semata.

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini bakal berlangsungnya Himpunan Bantah TPPA bertempat di Dataran Merdeka bagi menunjukkan bantahan rakyat terhadap perjanjian tersebut. PMIUTM juga tidak terkecuali menyatakan bantahan terhadap perjanjian tersebut kerana ia bakal mengancam negara kita. Sehubungan dengan itu, PMIUTM menyokong penglibatan mahasiswa dalam Himpunan Bantah TPPA sekaligus menyediakan beberapa tips ketika menghadiri Himpunan tersebut.

>>> Pastikan anda solat Zohor terlebih dahulu sebelum hadir ke tapak himpunan.
>>> Pastikan anda makan dengan cukup sebelum bergerak ke tapak himpunan.
>>> Elakkan membawa barang berharga, cukuplah sekadar keperluan sahaja.
>>> Jangan serahkan kad pengenalan anda sewenang-wenangnya sekiranya diminta.

PMIUTM menyeru kepada semua mahasiswa khususnya yang akan menghadiri himpunan tersebut supaya menjaga tatasusila dan keselamatan masing-masing sepanjang Himpunan Bantah TPPA berlangsung. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha dan Allah jualah yang akan menentukannya.

Allahul Musta’an.

“Meneraju Kesatuan Ummah”

#PMIBERSAMAMU #PMIUTMBANTAHTPPA #PRAY4MALAYSIA

12572968_10153497554573315_5695922269190671627_n

PMIUTM || PMIUTM bantah TPPA!
%d bloggers like this: