PMIUTM || Pilihanraya Kampus  UTM

Bismillah, Assalam.
Kehangatan PRK semakin membahang terasa. Semalam telah selesai pencalonan untuk pilihanraya kampus UTM kali ini, dan bermula jam 12 malam semalam telah tersebar poster-poster calon yang akan bertanding. Alhamdulillah, penyertaan mahasiswa dalam PRK UTM kali ini menunjukkan satu rasa keperihatinan dan juga kepentingan dalam membawa suara mahasiswa dan menjaga kebajikan mahasiswa terutamanya.

Tidak terlepas juga dengan kewujudan beberapa ‘parti’ yang turut terlibat sama mengambil tempat dalam PRK kali ini. Ini menunjukkan satu usaha baik dalam mewujudkan susana pilihanraya kampus yang mana rata-rata mahasiswa gagal untuk menyedari dan memahami kepentingan pilihanraya kampus.

Maka dalam menghadapi Pilihanraya Kamus UTM kali ini saya menyeru dan mengajak semua warga kampus termasuk pihak pentadbiran UTM, penggerak dan ahli Aspirasi Evolusi UTM, Pro-Mahasiswa UTM untuk bersama-sama mematuhi dan menjaga adab-adab dalam menghadapi PRK, seperti berikut :

1) Menjaga adab tuturkata daripada mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun & mengeluarkan perkataan-perkataan negatif seperti penakut, pengecut dan sebagainya.

2) Menjaga akhlak dan tingkah laku sebelum, semasa & selepas PRK UTM berlangsung supaya perkara-perkara yang buruk yang pernah berlaku di kampus lain sebelum ini, tidak berlaku di UTM.

3) Menjaga kehormatan diri daripada melakukan fitnah, provokasi tidak berasas, hasutan & tuduhan melulu. Siasat terlebih dahulu.

4) Menjauhkan diri daripada sebarang perbuatan maksiat supaya tidak hilang keberkatan dalam membentuk kepimpinan MPM UTM akan datang.

5) Menjauhkan diri daripada sangkaan-sangkaan yang tidak berasas supaya tidak berlaku salah faham dan juga tersebar berita dan tuduhan palsu.

6) Menjauhkan diri daripada sebarang pergaduhan dan pertelingkahan yang boleh membawa kepada perpecahan.

7) Adil dan telus dalam mengendalikan pilihanraya kampus UTM.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.(al-Maidah : 8)

Maka saya berdoa & berharap supaya semua warga kampus UTM dapat menghadapi PRK UTM kali ini dengan selamat, telus, adil dan jauh daripada sebarang musibah yang tidak diingini. Kepada warga kampus umumnya, pilih dan undilah calon yang beribawa, yang mampu menggalas beban amanah dengan baik & mampu memperjuangkan suara dan hak kebajikan mahasiswa.

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (al-Qasas:26).

Kepada calon yang bakal menduduki kerusi di Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM, laksanakan amanah dan kepercayanaan yang diberikan kepada anda dengan baik. Sesungguhnya setiap apa yang diamanahkan itu akan ditanya diakhirat kelak.

“Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin… (HR Muslim)

Syafiyullah Yahya
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Islam,
Universiti Teknologi Malaysia

“Bersama Membangun Ummah”

#PMIBersamamu #PRKUTM

 

PRK UTM

PMIUTM || Pilihanraya Kampus UTM
%d bloggers like this: