5 Mei 2016 || 27 Rejab 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PMIUTM || Peristiwa Israk & Mikraj

Peristimewa Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling mulia dan teragung iaitu junjungan besar Rasulullah SAW. Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.

Antara salah satu pengajaran terpenting daripada peristiwa ini ialah kewajipan solat kepada seluruh umat Islam. Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: “Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain”. (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma’ al Zawaid (1/291)).

PMIUTM menyeru kepada semua agar menghayati peristiwa Isra’ Mikraj ini. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya. Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj.

“Meneraju Kesatuan Ummah”

‪#‎PMIBERSAMAMU‬ #ISRA’MIKRAJ #SEJARAHISLAM #ALLAHUMMASOLLIMUHAMMADnew poster isra' mi'raj

PMIUTM || Peristiwa Israk & Mikraj
%d bloggers like this: