23 Julai 2016 || 18 Syawal 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمPMIUTM || PERGINYA SEORANG PERMATA

Pada 22hb Julai malam tadi, Tuan Guru Hj Salleh bin Musa telah kembali kerahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah.

Tuan Guru merupakan Mudir madrasah ar-Rahmaniah menggantikan bapanya Tuan Guru Hj Musa bin Salleh dan dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir.

Tuan Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di pondok dan menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negeri Kedah.

Beliau merupakan ulama’ yang dikenali atas beberapa faktor iaitu :

1)Tuan Guru pondok yang paling tua di sekitar negeri Kedah.
2)Tokoh ulama’ Tauhid.
3)Petah dalam menyampaikan ilmu dan mudah difahami.
4)Tegas berkaitan hukum.
5)Aktif berjuang untuk menegakkan Islam.
6)Berfikiran terbuka.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” Al-Imran : 185

Semoga Allah memberkati, merahmati beliau dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah…

“Meneraju Kesatuan Ummah”

#PMIBERSAMAMU

 

TG Hj Salleh (Takziah)

PMIUTM || PERGINYA SEORANG PERMATA
%d bloggers like this: