8 April 2016 || 1 Rejab 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمPMIUTM || PEMUDA PERMATA NEGARA

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudara Khairul Idham Pawi dari kami Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) di atas kejayaan beliau melakar sejarah menjadi anak muda pertama negara menjuarai perlumbaan moto3 saingan grand pix (GP) Argentina.

Khairul Idham Pawi anak muda dari Kampung Gajah, Perak yang baru berusia 17tahun telah membuktikan bahawa walaupun hanya bergelar anak kepada peniaga kelapa sawit, beliau mampu menaiki podium kejuaraan motosikal dunia sebaris dengan jaguh-jaguh dunia.

Kejayaan yang dirangkul ini sedikit sebanyak telah membuka mata masyarakat bahawa sukan permotoran ini bukan hanya khusus untuk membendung gejala rempit, bahkan ianya boleh dijadikan sebagai medium untuk mengasah bakat agar lebih ramai lagi anak muda mampu untuk bersaing dengan jaguh-jaguh dunia.

Muhamad Izuan Bin Mohd Nawi
Pengerusi Exco Sukan & Kebudayaan Sesi 2015/2016

“Meneraju Kesatuan Ummah”

#PMIBERSAMAMU12961671_10153679179708315_9219570087354356552_n

PMIUTM || PEMUDA PERMATA NEGARA
%d bloggers like this: