12 Januari 2017 || 13 Rabiul Akhir 1438 H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || PEMBAWAKAN PMIUTM SESI 2016/17

Bismillah,
Pada Muktamar PMIUTM baru-baru ini, kepimpinan sesi 16/17 mengangkat tema “BERSAMA MEMBANGUN UMMAH”. Dengan semangat pimpinan baru, tahun baru ini PMIUTM menjadi persatuan Islam contoh kepada mahasiswa muslim dan non-muslim. Berlandaskan Al-Quran dan Sunnah nabi SAW, kami berharap agar dapat membentuk masyarakat kampus ke arah mardhatillah. Oleh itu, sesi kepimpinan kali ini, kami menggariskan 3 pembawakan yang akan dibawa untuk mahasiswa agar dapat direalisasikan bersama oleh semua pihak.

1. Dakwah
Kesedaran Islam di kampus perlu diterapkan melalui dakwah yang memberi impak yang besar. Oleh itu, pelbagai kaedah dakwah yang baru dan bersesuaian dengan keadaan sekarang akan diperkasakan. Antaranya memperkasakan dakwah melalui media dan juga melakukan hubungan diplomasi bersama MPM, Pusat Islam, Pentadbiran Universiti, Kelab-Kelab dan Persatuan-Persatuan di UTM dalam melakasanakan dakwah Islam. Selain itu, memperkasakan usaha penjanaan ekonomi PMIUTM bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah di kampus agar dakwah yang dijalankan mampu memberi impak yang besar terhadap masyrakat kampus.

2. Kebajikan
PMIUTM cakna akan isu kebajikan masyarakat kampus dan luar tanpa mengira bangsa, agama atau kaum.Oleh yang demikian, Kerjasama bersama pentadbiran terutamanya MPM Universiti perlu diperkukuhkan dalam membantu kebajikan masyarakat kampus UTM.Selain itu, PMIUTM melalui HEWI juga mengambil berat terhadap isu kebajikan wanita.

3. Kepimpinan
PMIUTM berhasrat untuk melahirkan mahasiswa ‘First Class’ yg bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah pengurusan, akhlak dan agama. Oleh itu, PMIUTM akan memperkasakan aktiviti kepimpinan dlm diri mahasiswa di samping memberi kefahaman Islam yg jelas melalui pembentukan ‘Bond Of Shabab’ dan lain-lain. PMIUTM juga sebagai model kepimpinan Islam yg memberi solusi berdasarkan ajaran Islam serta mempamerkan akhlak yg baik supaya menjadi qudwah hasanah atau contoh baik kpd masyarakat sekeliling termasuk muslim dan bukan muslim.
Oleh itu, saya mengajak mahasiswa mahasiswi sekalian untuk memberi sokongan penuh atas pembawakan PMIUTM pada kali ini.

Akhir kalam, semoga Allah swt memberikan taufiq dan hidayah kepada kita untuk terus tetap dalam Islam.

Seeru ‘ala barakatillah.

“Bersama Membangun Ummah”
Mohd Wazir bin Hasbullah
Presiden PMIUTM Sesi 2016/17

PMIUTM || PEMBAWAKAN PMIUTM SESI 2016/17
%d bloggers like this: