15 April 2015 | 25 Jamadil Akhir 1436 H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || MASA ADALAH KEHIDUPAN

“Masa itu emas”, itulah perkataan yang selalu kita ungkapkan di bibir kebanyakan orang. Namun, emas boleh dibeli walaupun sangat mahal, tetapi masa tidak boleh dikawal oleh makhluk.

‘Waktu adalah kehidupan. Kehidupan manusia adalah waktu yang dilaluinya dari ia lahir sampai ia meninggal dunia.’

Kata-kata Imam Hasan Al-banna ini membawa maksud sekiranya manusia tidak menjaga waktunya walaupun sedikit, ini bermakna dia tidak menjaga kehidupannya. Oleh itu, sangat penting bagi setiap manusia menjaga dan memanfaatkan masa yang mereka ada.

Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)

“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

Allah SWT memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Oleh itu, sangat penting kita mengurus masa kita dengan baik. Golongan mahasiswa juga perlu menekankan aspek pengurusan masa. Kita melalui banyak cabaran dan dugaan dalam kampus, dengan sibuk kerja yang perlu dihantar, mengurus program dan lain-lain. Dalam kesibukan itu, perlulah juga kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Menjaga hubungan dengan Allah seperti solat di awal waktu. Dengan kita menjaga hubungan Allah dan menyerahkan segala urusan kerana Allah, In Shaa Allah, Allah akan menjaga kita. Sirru A’la Barakatillah.

Masa

PMIUTM || MASA ADALAH KEHIDUPAN
%d bloggers like this: