26 Jun 2016 | 21 Ramadhan 1437 Hبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || LAILATUL QADR: MEMBURU ATAU MENUNGGU?

Lailatul Qadar adakah sebesar-besar nikmat dan anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada dalam umat nabi yang lain.

Pada malam itu, Allah menganugerahkan keberkatan,kemuliaan , kerahmatan dan kesahjeteraan khusus kepada sesiapa yang beriabadah pada malam tersebut. Amat beruntunglah bagi orang yang terpilih untuk mendapatkan kenikmatan malam Lailatul Qadar.
Antara tanda-tanda kedatangan malam Lailatul Qadar ada disebut di dalam beberapa hadis antaranya:
Hadis dari Ubai bin Kaab bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Bahawa matahari pada pagi harinya terbit berkeadaan berwarna putih tidak bercahaya.(H.R Muslim)

Menurut Iman Nawawi dalam Syarah Muhazzab, tanda-tanda Lailatul Qadar ialah pada malam itu tiada panas dan tiada sejuk, matahari terbit esok harinya dengan cahaya putih, cerah dan kurang sinarannya. Malah pada siang harinya tiada rasa kepanasanya.

Walaupun kita ada diberikan tanda-tanda tersebut, itu tidak bermakna kita hanya melakukan ibadah pada waktu-waktu tertentu sahaja. Sepatutnya, pemburuan Lailatul Qadar hendaklah dilakukan dengan melakukan ibadah dengan sepenuh jiwa di setiap malam, bertahajud, membaca Al-Quran serta melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat di siang hari.

Sesuatu kejayaan pasti diselangi dengan kepayahan, begitu juga Lailatul Qadar. Kejayaan memburu malam Lailatul Qadar itu pasti diselangi dengan ketekunan dan usaha kita untuk beribadah kepada Allah pada setiap malam tanpa rasa jemu.
Justeru, PMIUTM mengajak semua sahabat serta saudara sekalian untuk sama-sama berusaha memburu dan mencari malam Lailatul Qadar pada hari-hari terakhir di Ramadhan kali ini.

” MENERAJU KESATUAN UMMAH ”

#PMIBERSAMAMU
#LailatulQadr
#mengharapRamadhanyangSempurna
#BlessingMonth
13439110_10153851678078315_1107156343563180232_n

PMIUTM || LAILATUL QADR: MEMBURU ATAU MENUNGGU?
%d bloggers like this: