SELASA | 17 Mac 2015 | 26 Jamadil Awal 1436 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || KONSERT TERBUKA & KETANDUSAN NILAI ISLAM.

Bersempena istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Pada 23 Mac ini, satu konsert terbuka akan diadakan di Danga Bay yang bakal dihadiri oleh kumpulan hip hop terkenal Amerika, Black Eyed Peas, artis pop wanita Korea, T-Ara dan lebih ramai lagi artis jemputan yang turut bertandang.

Namun, apa yang dikesalkan adalah konsert yang dianjurkan tidak mengambarkan nilai-nilai islam, yang sepatutnya sejajar dengan majlis istiadat tersebut. Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita sepatutnya memelihara kesucian agama Islam daripada dicemari dengan aktiviti hiburan yang melampau dengan menerapkan nilai-nilai Islam seperti kuliah terbuka atau hiburan yang tetap berlandaskan syariat supaya kita peroleh keberkatan & terhindar daripada kemurkaan Allah.

Sehubungan itu, PMIUTM MENYERU & MENGGESA agar :
1) Penganjur konsert tersebut mematuhi garis panduan penganjuran konsert terbuka.
2) Majlis Agama Islam Negeri Johor perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memelihara umat Islam daripada terlibat dengan hiburan yang menghampiri kepada kemungkaran.
3) Orang awam terutama golongan mahasiswa/i, pemuda & pemudi menghindarkan diri daripada menyertai program yang berunsurkan hiburan melampau agar terselamat daripada perkara yang mungkar.

Semoga kita sentiasa teguh berada pada landasan agama dan terselamat daripada kemurkaan Allah.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. [ Furqan:72 ]

PMIUTM || “Bersama Membangun Ummah”

Sumber maklumat : http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/konsert-percuma-sempena-kemahkotaan-sultan-johor-1.369476

10996273_10152845264833315_7307128024740946366_n

PMIUTM || KONSERT TERBUKA & KETANDUSAN NILAI ISLAM.
%d bloggers like this: