3 March 2016 | 23 Jamadil Awwal 1437 H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIAH

Tarikh 3 Mac 1924 ialah satu tarikh yang pilu untuk ummah, di mana telah jatuhnya kerajaan Islam yang hebat iaitu Kerajaan Turki Uthmaniah yang telah memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Setelah memerintah selama 6 abad sejak dari tahun 1299-1923, akhirnya kerajaan ini telah jatuh di tangan pemerintah Yahudi dengan menggunakan Mustafa Kamal, sebagai boneka untuk menguasai negara tersebut.

Kerajaan Turki Uthamaniah adalah suatu kerajaan yang sangat hebat. Kehebatan pemerintahnya seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, pembuka kota Konstantinople dan kedudukannya yang unik, sebahagian wilayahnya terletak di Asia dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Ini menjadikan Turki sebagai pusat interaksi antara dunia barat dan timur. Oleh itu, tidak hairanlah Turki adalah negara rebutan daripada pihak Barat dan Islam.

Menurut Ahmadi Al-Aziz (1998), seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam antaranya:

1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.
2. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweeden.
3. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.
4. Projek-projek pembangunan ialah suaatu pembaziran yang sia-sia. Kebanyakan duit dihabiskan untuk membina tempat-tempat maksiat untuk golongan atasan
5. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi dan pelbagai lagi syariat Islam yang telah diubah, dibuang dan ditukar dengan sesuka hati oleh para pemerintah.

Sejak itu, warna-warni kejayaan Islam telah dihitamkan oleh warna-warna Barat. Penyebaran fahaman sekular dan liberal berleluasa sehingga memaksa umat-umat islam diundur ke titik yang paling lemah.

Walau yang demikian, setiap kejatuhan dan kenaikan Islam adalah sesuatu yang sunnatullah.

Hal ini telah dijelaskan oleh Allah :

Dan masa (Kejayaan dan Kehancuran ) itu, kami gilirkan di antara manusia ( agar mereka mendapat pengajaran) dan supaya Allah membezakan orang yang beriman ( dengan orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. (Ali- Imran, 140)

Setiap kejatuhan yang terjadi, Allah jadikannya sebagai suatu pengajaran untuk umat Islam dan juga untuk mengajar manusia supaya bersatu kembali untuk menegakkan syariat Islam. Allah juga telah berjanji bahawa Dia tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu tidak mengubahnya dengan sendiri. Oleh yang demikian, amat pentinglah kita sebagai generasi Islam sekarang untuk bersatu padu menyelamatkan ummah yang makin kritikal.
Bangkitlah ummah penyelamat agamaku!

” MENERAJU KESATUAN UMMAH ”

‪#‎PMIBERSAMAMU‬

12795187_10153574716663315_8099528963800438018_o

PMIUTM || KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIAH
%d bloggers like this: