3 April 2016 | 23 Jamadil Akhir 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PMIUTM || INDAHNYA QIAMMULLAILQiamullail bermaksud bangun pada waktu malam dan menghidupkan malam dengan beribadah kepada Allah seperti menunaikan solat-solat sunat, membaca Al-Quran, zikir kepada Allah dan sebagainya. Amalan qiamullail ini adalah merupakan cara untuk seseorang hamba mendekatkan diri kepada Sang Pencipta sekalian alam.Waktu ini adalah masa yang sangat istimewa bagi seorang hamba tunduk dan sujud kepada Allah yang Maha Besar.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada TuhanNya adalah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu melakukannya.” (At-Tirmizi)

Terdapat pelbagai kelebihan jika seseorang itu melakukan amalan qiamullail. Antaranya ialah dapat melahirkan insan yang bertaqwa di sisi Allah, dapat melatih diri memperbanyakkan amalan sunat, dapat memberi kekuatan kepada rohani serta fizikal dan banyak lagi.

Oleh itu, ayuh kita tanamkan niat agar dapat menghidupkan malam hari kita dengan amalan-amalan sunat.

“Meneraju Kesatuan Ummah”

‪#‎PMIBERSAMAMU‬
‪#‎jomBerqiam‬

12063676_10153667299663315_4038478650602246212_n

PMIUTM || INDAHNYA QIAMMULLAIL
%d bloggers like this: