25 DISEMBER 2015 || 13 RABIULAWAL 1437 Hبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || ILMU ITU CAHAYA DALAM DIRI MUKMIN

Ilmu yang sebenarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah SWT tidak kira sama ada ilmu akhirat ataupun ilmu dunia seperti sains dan metematik. Imam As- Syafii pernah berpesan :

“Tuntutlah Ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga kamu dan membuatkan kamu cemerlang di dunia dan di akhirat, di samping ia menjadi amalan para Nabi dan Rasul dan orang- orang yang soleh “

Ilmu itu diibaratkan sebagai cahaya yang akan menerangi kehidupan manusia kerana dengan ilmu manusia diangkat darjatnya oleh Allah swt dan diberi penghormatan di dunia.Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah yang bermaksud:

“Allah akan meninggikan orang-orang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat ( Al Mujadalah: 11).

Rasulullah saw juga turut mementingkan tentang keutamaan kita dalam menuntut ilmu yang bermanfaat sebagaimana sabda Baginda :

“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu , Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga. (HR Muslim)

Oleh itu singkapilah rahsia-rahsia ilmu Allah yang terlalu luas untuk kita pelajari dan selami selagi masih diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahuan.

“Meneraju Kesatuan Ummah”

#AllahummaSolliAlaSaidinaMuhammad
#PMIBERSAMAMU

10380284_10153440087573315_2615848264658798014_n

PMIUTM || ILMU ITU CAHAYA DALAM DIRI MUKMIN
%d bloggers like this: