31 Disember 2015 || 19 Rabiu’l Awwal 1437 H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || HIJRAH TIDAK AKAN BERHENTI!

Assalamualaikum. Salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa.
Alhamdulillah, telah berlabuhnya tirai tahun 2015 dan terpancarnya sinar tahun 2016 yang telah dinantikan. Memang menjadi lumrah kehidupan, setiap ciptaan Allah Taala mempunyai permulaan dan pengakhiran, tidak kekal dan berubah-ubah. Begitu juga dengan masa, setiap detik yang telah berlalu tidak akan berulang kembali walau apa cara sekalipun.

Cuba tanya diri kita, sejauh mana kita menghargai nikmat masa yang Allah kurniakan khususnya tahun 2015 yang telah berlalu tersebut? Adakah azam yang telah lama dipasakkan sebelum ini tercapai? Jika belum, adakah azam tersebut hanya tinggal angan-angan semata-mata? Jika sudah tercapai, apa pula azam kita untuk tahun baru ini?

Jika sebelum ini kita berazam untuk berhijrah atau berubah dan azam tersebut belum tercapai, adakah penghijrahan tersebut terhenti pada hujung tahun sahaja? Ingin saya tekankan di sini, penghijrahan kita terutamanya dari segi tarbiah diri tidak akan pernah berhenti dan perlu diperbaharui dari semasa ke semasa. Perkara yang paling penting adalah penghijrahan tidak perlu bermusim! Kita tidak perlu menunggu tahun baru untuk melakukan penghijrahan lebih-lebih lagi penghijrahan yang drastik pada diri kita. Hasilnya kita susah untuk istiqamah dengan perubahan yang sedang dilakukan. Bukankah tarbiah ialah usaha atau proses mendekatkan diri kita kepada Allah Taala secara BERTERUSAN?

Kesimpulannya, kita perlu berhijrah pada masa hati kita tergerak untuk berhijrah. Beruntunglah orang yang diberikan dorongan hidayah Allah Taala untuk terus memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik pada masa hadapan.

Teruskan berhijrah dan istiqamah dengan perubahan pada diri anda!

Selamat menyambut tahun baru 2016!

Naib Presiden 1,
Amirul Hazim bin Abdul Karim
Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM)

“Meneraju Kesatuan Ummah”

#PMIBERSAMAMU

AtdxuICivLKDM6Uetr5kjC2wzkNYy_OGzbbLL_-EggVM

PMIUTM || HIJRAH TIDAK AKAN BERHENTI!
%d bloggers like this: