6 Julai 2015 || 19 Ramadhan 1436H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari ini Squad Sayang ’15 berkesempatan melawat ke tempat yang terjejas akibat kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.Antara tempat yang telah dilawati ialah Kampung Mesilou,Ranau Sabah.Selepas ini Squad Sayang ’15 akan bergerak ke SMK Kundasang Sabah untuk meneruskan misi.Doakan Squad Sayang ’15 berjaya menjalankan misi disana.

Seusai lawatan tersebut,Squad Sayang ’15 bergerak ke SMK Kundasang Sabah untuk meneruskan misi.Squad Sayang ’15 mengadakan pelbagai program yang berbentukkan motivasi di sekolah tersebut.Peserta program tersebut terdiri daripada pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5 & majoritinya adalah pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan besar tidak lama lagi iaitu pelajar tingkatan 3.Kami begitu berbesar hati kerana kedatangan kami kesana disambut baik oleh pelajar-pelajar serta warga guru disana.Kami mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah yang menerima kedatangan kami serta kami mendoakan agar pelajar-pelajar disana dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun dalam bidang-bidang yang lain.

Berakhirlah misi kami pada hari ini.Semoga misi yang kami lakukan selama 5 hari ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya warga Ranau,Sabah serta dapat menghidupkan Bulan Ramadhan ditempat-tempat yang telah kami kunjungi.Pelbagai ilmu & pengalaman yang telah kami sendiri timba daripada misi kali ini.Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah membantu kami dalam menjayakan misi ini.Kami tidak mampu membalas jasa baik kalian melainkan Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.Seterusnya,doakan kami,Squad Sayang ‘15 pulang ke semenanjung dengan selamat & segala urusan kami berjalan dengan lancar.

“Bersama membangun ummah”

#PMIBERSAMAMU
#SAYANG15
#PRAY4SABAH

 

Hari kelima Sayang’15, Skuad Sayang’15 diberi kesempatan untuk melihat kesan gempa bumi disekitar Ranau, Sabah. Begitulah kuasa Allah SWT sebagai peringatan buat manusia.

 

Squad Sayang’15 bersama pelajar-pelajar SMK Kundasang melakukan aktiviti.

 

Skuad Sayang’15 bersama pelajar-pelajar SMK Kundasang melakukan aktiviti.

 

Saudara Shazli Muin, Pengarah Program Sayang’15 menyampaikan cenderahati kepada wakil SMK Kundasang. Terima Kasih warga SMK Kundasang.

 

Skuad Sayang’15 bergambar berrsama peserta program dari SMK Kundasang.

 

Meninjau keadaan kawasan gempa bumi yang berlaku di Sabah baru-baru ini.

 

Terima kasih kami ucapkan kepada Muslim Care Malaysia Society atas kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga Allah membalas jasa kalian.

 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10153103786033315.1073741873.117756888314&type=3

PMIUTM || HARI KELIMA SAYANG ’15
%d bloggers like this: