3 Julai 2015 || 16 Ramadhan 1436HHari ini telah bermulanya gerak kerja misi dakwah Squad Sayang ’15.Destinasi Squad Sayang ’15 pada hari ini ialah Kg. Mesilou,Kundasang,Sabah.Sebelum bertolak ke destinasi,Squad Sayang ’15 berkesempatan mendengar sedikit taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak Mohamed,penolong setiausaha Muslim Care Malaysia berkaitan dengan misi dakwah yang akan dijalankan.Antara perkara yang sangat ditekankan oleh beliau kepada Squad Sayang ’15 adalah berkaitan dengan niat.

Seusai mendengar taklimat,Squad Sayang ’15 bergerak ke Kg. Mesilou.Setibanya disana,Squad Sayang ’15 berkesempatan menunaikan Solat Jumaat bersama penduduk kampung disana.Majoriti penduduk kampung ini adalah beragama islam & merupakan salah satu kampung yang turut terjejas akibat kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Selepas menunaikan Solat Jumaat,Squad Sayang ’15 bersama wakil daripada Muslim Care Malaysia mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung.

Bagi merialisasikan objektif misi dakwah kali ini,Squad Sayang ’15 telah mengadakan Klinik Al-Fatihah & Smart Solat kepada kanak-kanak di kampung ini.Akhir program tersebut,peserta-peserta program telah dibekalkan bahan bacaan yang berkaitan dengan tajwid & solat yang disediakan oleh pihak Muslim Care.

Pada sebelah petang,Muslim Care bersama Squad Sayang ’15 mengadakan Bengkel Penyembelihan Ayam.Dalam bengkel tersebut,penduduk kampung telah diberi pendedahan berkaitan cara-cara penyembelihan ayam serta diberi peluang sendiri untuk menyembelih menyembelih ayam.Seusai penyembelihan tersebut,Squad Sayang ’15 mengadakan rewang bersama penduduk kampung untuk menyediakan juadah iftar dan juadah moreh.

Pada malamnya pula,Squad Sayang ’15 berpeluang melaksanakan Solat Sunat Tarawih bersama penduduk kampung & program pada hari ini diakhiri dengan sedikit ucapan daripada Muslim Care & moreh bersama penduduk kampung.

“Membangun bersama ummah”

‪#‎PMIBERSAMAMU‬
‪#‎SAYANG15‬

 

Daripada Instagram Saudara Shazli Muin, Pengarah Program Sayang’15. Day 2 Terima kasih kepada penduduk Kg Mesilou atas kerjasama yang diberikan. Layanan ramah mesra daripada penduduk kampung sangat awesome. Antara aktiviti yang sempat kami jalankan di Kg Mesilou hari ini ialah, Ziarah rumah ke rumah, Pemeriksaan Kesihatan, Smart Solat Kanak-kanak, Bengkel Sembelihan, Rewang Kampung, Iftar bersama penduduk kg, dan Cabutan bertuah. Alhamdulillah aktiviti hari ni berlangsung dengan jayanya. Untuk pengetahuan, di kg inilah yang berlakunya banjir lumpur akibat dari susulan gempa bumi baru-baru ini. Esok kami akan ke Kg Kinandusan pula bagi meneruskan misi kami. Doakan semuanya berjalan lancar. InsyaALLAH.

 

Daripada Instagram Saudara Mohd Lutfi Alqawiem, Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan PMIUTM JB. Hari ke-2 Skuad SAYANG’15 berkunjung ke Kg Mesilou untuk khidmat masyarakat dan dakwah pada hari ini. Seronok dapat menyantuni penduduk kg Mesilou yg sangat ramah menyambut kami. Esok kami akan ke kg yh kedua iaitu Kg Kinandusan pula. Doakan segalanya berjalan lancar. Hari ke-2 Skuad SAYANG’15 berkunjung ke Kg Mesilou untuk khidmat masyarakat dan dakwah pada hari ini. Seronok dapat menyantuni penduduk kg Mesilou yg sangat ramah menyambut kami. Esok kami akan ke kg yh kedua iaitu Kg Kinandusan pula. Doakan segalanya berjalan lancar.

 

Wajah-wajah ceria peserta Klinik Al-Fatihah & Smart Solat

 

Saudari Amalina, Bendahari Agong PMIUTM JB turut mengambil kesempatan membantu Muslim Care memeriksa kesihatan salah seorang penduduk kampung.

 

Adik-adik yang menyertai Smart Solat sedang gigih mempraktikkan apa yang telah mereka belajar.

 

Skuad Sayang’15 bersama penduduk kampung.

 

Silaturrahim Skuad Sayang’15, Saudara Afiq dari UTM dan Saudara Basyar dari UM.

 

Skuad Sayang’15, Saudara Nabil dan Saudara Amiruddin rewang bersama penduduk kampung.

 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10153096828348315.1073741869.117756888314&type=3

PMIUTM || HARI KEDUA SAYANG ’15
%d bloggers like this: