16 Julai 2016 || 11 Syawwal 1437 H

PMIUTM || CUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI

Belum pun reda penderitaan dan kezaliman terhadap umat Islam yang berlaku di Myanmar, berlakunya satu cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki yang melibatkan tentera yang ingin menggulingkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Media telah melaporkan, sekumpulan tentera telah menutup dua jambatan yang merintangi asia dan eropah yakni jambatan Bhosphorus dan Fatih yang merupakan cawangan tentera untuk menjaga keselamatan dalam negeri. Selain itu, pegawai-pegawai tentera dilihat telah memasuki Dataran Taksim dan mengarahkan semua orang meninggalkan kawasan tersebut.

Namun cubaan rampasan kuasa tersebut telah menemui kegagalan apabila berjaya dipatahkan oleh rakyat Turki yang bersatu. Polis cawangan khas Turki telah berjaya menangkap mereka yang terlibat selepas berlaku pertempuran antara polis dan tentera. Laungan azan, takbir dan Kami Mencintai Erdogan telah membuktikan kesatuan dan solidariti rakyat Turki bersama presiden mereka bagi menolak cubaan rampasan kuasa oleh sekelompok tentera Turki.

Justeru PMIUTM mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh sekumpulan tentera ke atas Turki yang mengancam keselamatan dan keamanan penduduk Turki. PMIUTM menyeru seluruh mahasiswa dan umat Islam bersama-sama mendoakan moga negara Turki dikurniakan kesejahteraan dan keamanan.

Meneraju Kesatuan Ummah
‪#‎PMIBERSAMAMU‬
‪#‎Pray4Turkey‬

13709817_10153897271933315_6086295404916620887_n

PMIUTM || CUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI
%d bloggers like this: