21 JULAI 2016 || 16 SYAWWAL 1437
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PMIUTM || BANTAHAN TERHADAP KONSERT HEDONISMEPendakwah terkenal disekat kehadirannya kerana menjangkakan tercetus perbalahan dan sebagainya..

tetapi !! artis hiburan disanjung dan ditunggu-tunggu kehadirannya.

Begitulah yang dapat disimpulkan dalam isu yang berlaku mutakhir ini melibatkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik dan artis hiburan luar negara Selena Gomez. Perkara sebegini telah menunjukkan betapa kecelaruan minda menguasai pemikiran masyarakat kini khususnya yang beragama Islam, hanya sekadar mementingkan keseronokan tanpa memikirkan batasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hedonisme merupakan istilah yang sesuai dikaitkan dengan hiburan yang melampau bukan sekadar soal gaya hidup malah membawa falsafah hidup bahawa kebenaran mesti diukur berdasarkan keseronokan. Falsafah ini bercanggah dengan Islam yang menekankan bahawa kebenaran selalunya tidak seronok kerana sifatnya kontra dengan nafsu. Slogan Hidup hanya sekali dan sebagainya telah dijadikan oleh penganut hedonisme sebagai hujah mereka untuk menghalalkan tindak tanduk mereka walaupun bercanggah dengan syariat Allah SWT.

Islam adalah agama fitrah bagi manusia. Allah SWT menciptakan fitrah sebagai makhluk yang bukan dilawan keberadaannya , dan mesti dijaga dan dikawal sesuai dengan petunjuk Allah SWT. Menjadi kewajipan kepada setiap muslim menilai segala tindakan termasuk dalam perkara hiburan yang merupakan fitrah insani agar tidak terlibat dengan hiburan yang bercanggah dengan batas yang telah ditetapkan.

Negara pernah mengalami sejarah pahit apabila penganjuran konsert hedonisme sebelum ini (Konsert Future Music Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil) telah menyebabkan berlakunya permasalahan moral melibatkan sekumpulan remaja yang terlibat penyalahgunaan dadah dan ada dikalangan mereka remaja beragama Islam. BELAJARLAH DARIPADA SEJARAH , justeru sewajarnya pihak yang terlibat khususnya yang berkuasa mengambil iktibar terhadap perkara ini yang tidak mendatangkan keuntungan malahan merugikan khususnya masa depan remaja kini.

PMIUTM menyeru seluruh mahasiswa dan masyarakat umum agar berpendirian MEMBANTAH konsert Selena Gomez yang bakal diadakan di Malaysia. Sewajarnya pihak yang berkuasa memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang nilai kehidupannya berakhlak mulia, bukannya hanya memuaskan nafsu dengan perkara yang tidak memberi kebaikan kepada masyarakat.

‘Meneraju Kesatuan Ummah’

#PMIBERSAMU
#MahasiswaBantahHedonisme

13692721_10153910139573315_5281898056500141055_n

PMIUTM || BANTAHAN TERHADAP KONSERT HEDONISME
%d bloggers like this: