7 April 2016 || 29 Jamadil Akhir 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PMIUTM || AMALAN DI BULAN REJABاللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ“Allahumma baarik lanaa fii Rajab wa Sya’baana wa balighnaa Ramadhaan.”
(Ya allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan sya’ban, dan sampaikanlah kami dengan bulan Ramadhan).
Bulan Rejab merupakan bulan di mana umat Islam memperbanyakkan amalan sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramdhan yang akan datang.

Terdapat beberapa amalan baik yang dapat dilakukan di dalam bulan Rejab antaranya :
.:. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
.:. Berpuasa di bulan Rejab.

Bersabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebatang sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, sesiapa yang berpuasa satu hari pada Rejab, Allah akan memberinya minum daripada sungai itu.” (HR Imam Baihaqi)
.:. Memperbanyakkan bacaan al-Quran.
.:. Memperbanyakkan istighfar dan berzikir.

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah saw bersabda : “Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, sya’ban dan Ramadhan di antara waktu zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
Jom tingkatkan amalan !

‘Meneraju Kesatuan Ummah’

‪#‎PMIBERSAMAMU‬12928119_10153677840193315_8019721680076561879_n\

 

PMIUTM || AMALAN DI BULAN REJAB
%d bloggers like this: