1 MEI 2016 || 24 Rejab 1437 H
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PMIUTM || ALEPPO DISERANG PENZALIM

Dunia Islam kini digemparkan dengan serangan berdarah ke atas Syria khususnya di Aleppo. Menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan di Syria, serangan yang dilancarkan oleh pihak Rejim Bashar Al Assad selama 9 hari itu, telah mengorbankan sekurang-kurangnya 140 nyawa mereka yang tidak berdosa, termasuk 19 kanak-kanak (setakat 30 April 2016). Seorang pakar pediatrik (pakar merawat kanak-kanak) Hospital Al Quds di Aleppo , Dr Muhammad Maaz yang merupakan satu-satunya kakitangan hospital yang terselamat untuk merawat mangsa kanak-kanak , turut tidak terkecuali menjadi mangsa yang terkorban akibat serangan yang dilancarkan baru-baru ini. Persoalannya, siapakah yang mempunyai kepakaran untuk merawat kanak-kanak selepas ketiadaan Dr Muhammad Maaz ?

Menurut sumber yang lain, Rejim Bashar Al Assad telah melakukan 30 serangan udara, 110 artileri, 18 peluru berpandu dan 68 bom telah digunakan untuk melampiaskan dendamnya terhadap rakyat Syria khususnya yang menentang bentuk pemerintahan yang dilaksanakan oleh Rejim Bashar Al Assad. Malahan, kita juga digemparkan dengan buat kali pertamanya kawasan Aleppo semenjak 1400 tahun lalu tidak lagi melaksanakan solat jumaat .

Menurut ulama’ Syria, Syeikh Hassan konflik yang berlaku di Syria ialah dimana berlakunya pertembungan antara syiah dan muslim sunni, pemerintah Bashar Al Assad merupakan golongan syiah menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya muslim sunni di Syria. Golongan syiah telah melakukan dasar membenci dan memboikot terhadap golongan sunni yang merupakan golongan majoriti di Syria .

Sehubungan dengan itu, PMIUTM ingin melahirkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap apa yang berlaku kepada saudara seIslam di Syria dan menyeru kepada seluruh mahasiswa dan umat Islam untuk bersama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan Syria. Semoga Allah mengembalikan semula ketenangan hati terhadap rakyat Syria yang dizalimi.

“Meneraju Kesatuan Ummah”

‪#‎Aleppoisburning‬
‪#‎SaveAleppo‬
‪#‎HasbunAllahwani‬’malwakil
‪#‎PMIBERSAMAMU‬

13095792_10153730067343315_3114466923137962636_n

PMIUTM || ALEPPO DISERANG PENZALIM
%d bloggers like this: