13 Ogos 2016 | |11 Zulkaedah 1437 H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || ADAB SEBELUM TIDUR

Ketika hendak tidur atau baring, Rasullulah S.A.W ada mengajarkan beberapa adab sebelum tidur.
Antara hadisnya :
Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk solat, kemudian baring di sebelah kanan (Riwayat Abu Daud).

Hadis yang lain ada juga menyebut :
Nabi SAW apabila berada di perbaringan (yakni hendak tidur) Baginda meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Baginda dan mengucapkan :
Wahai Tuhanku, selamatkanku daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan sekalian hambaMu
(Menurut Iman at-Tarmizi, hadis ini hasan shahih).

Cara tidur dan doa yang diajar Nabi sangat sesuai dan amat digalakkan oleh Rasullulah S.A.W kerana Baginda menyebut ketika kita bangkit dari tidur ibarat kita bakal bangun dari kubur pada saat hari kebangkitan di kemudian hari.

Justeru, kejadian tidur dan bangun tidur yang kita hadapi setiap hari seharusnya mengingatkan kita kepada kehidupan selepas mati di Akhirat nanti.

” MENERAJU KESATUAN UMMAH ”

‪#‎PMIBERSAMAMU‬
‪#‎SunnahNabi‬

13923591_10153965150878315_506756096523961756_o

PMIUTM || ADAB SEBELUM TIDUR
%d bloggers like this: