PMIUTM || 18 Pimpinan PMIUTM Bakal “DILUCUTKAN” Jawatan !

“Perjuangan Menuntut Pengorbanan”. Itulah ungkapan yang sentiasa diperdendangkan buat mereka yang membawa risalah agama dan misi dakwah. Mereka yang berjuang menegakkan agama tidak mungkin tidak pernah walaupun sekali diuji dengan ujian yang menggugat jiwa, mencabar keimanan.

Bagi mahasiswa tahun satu, ia suatu berita yang sangat mengecewakan. Baru sahaja bersua muka dengan pimpinan PMIUTM semasa program Together With PMIUTM, sudah diarahkan untuk “letak” jawatan atas sebab-sebab yang sangat menyedihkan. Sangat mengejutkan !

Memetik kata-kata Presiden PMIUTM sesi 2014/15, saudara Syafiyullah Yahya pada 16 November 2015, seolah2 sudah diketahui akan kejadian ini. Katanya :

Melepaskannya berat,
Menyambungnya tenat.

Pun begitu hari tetap silih berganti,
Ada yang datang, dan ada yang pergi

Yang takutkan Tuhan sentiasa akan merasakan ia suatu bebanan,
Sehingga terkadang lupa erti kepenatan dan kepayahan.

Yang pasti misi dakwah mesti diteruskan,
Baik yang berjawatan, atau ahli bawahan,

Kerana perjuangan senantiasa menuntut pengorbanan.

Sayu hati membacanya..Seolah-olah ujian yang melanda keatas mereka bagaikan sebuah gunung menghempap bertalu-talu. Sakit, pedih, luka, tercedera ! Namun teringat seketika kalam Allah :

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” ﴾ al-Ankabut:2-3 ﴿

Benar ! itulah bukti keimanan. Lalu kemana halatuju PMIUTM selepas ini tanpa mereka ?? Siapakah yang bakal menyambung tali perjuangan ini ?? Siapakah yang bakal menerajui semula kepimpinan PMIUTM pada masa akan datang ??

AYUH BANGKIT DENGAN KEKUATAN LUAR BIASA!
DENGAN JIWA YANG KENTAL, BERSEMANGAT WAJA !
DENGAN KEPIMPINAN YANG BAKAL MENCETUS PERUBAHAN !

PMIUTM menjemput semua warga kampus termasuk mahasiswa & mahasiswi,staf-staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk melontarkan idea, cadangan dan kritikan yang membangunkan ke Muktamar Agung Tahunan, Persatuan Mahasiswa Islam UTM kali ke-13 !

Tarikh : 2 Disember 2015
Masa : 8.30 p.m.
Tempat : Dewan Senat, Bangunan Canseleri,UTM

Anda berpeluang mencorak perubahan gerakan dakwah & kebajikan di bumi UTM ! Pandangan anda diketengahkan, cadangan anda diambil perhatian !

Jumpa disana !

*Makanan terhad untuk 50 terawal!

“Bersama Membangun Ummah”
#PMIBersamamu
#MUKTAMARPMIUTM13


“12 Disember 2015 || 1 Rabiuawwal 1437 H

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PMIUTM || BAND MEGA PMIUTM 1.0

Alhamdulillah. Semalam telah berlangsungnya sebuah program di bawah anjuran Lujnah Pendidikan & Kempimpinan Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM). Program ini khas buat semua mahasiswa/i UTM yang komited bersama dengan BAND (usrah) PMIUTM

Untuk pengetahuan umum, program berprestij ini bermatlamat untuk memperkukuhkan serta menyelaraskan kefahaman ahli usrah dan mengeratkan silaturrahim antara semua ahli usrah di bawah PMIUTM. Program yang berlangsung separuh hari, bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 t.hari semalam mendapat sambutan yang hangat lebih daripada 60 orang peserta daripada kalangan mahasiswa/i UTM.

PMIUTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta dan penganjur di atas program yang begitu bermanfaat ini. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu para peserta memapankan kefahaman mereka mengenai input yang mereka perolehi daripada BAND (usrah) yang dijalankan.

Nantikan Band Mega 2.0 yg lebih menarik !

“Meneraju Kesatuan Ummah”

#PMIBERSAMAMU #JOMUSRAH”

From PMIUTM || BAND MEGA PMIUTM 1.0. Posted by Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia on 12/12/2015 (17 items)

Generated by Facebook Photo Fetcher 2


PMIUTM || 18 Pimpinan PMIUTM Bakal “DILUCUTKAN” Jawatan !
%d bloggers like this: