30 November – Satu perjumpaan telah dibuat di antara pimpinan PMIUTM, MPM, dan Pengarah “International Culture Fiesta 2011”.Pertama sekali ucapan tahniah di atas cetusan untuk menganjurkan International Cultural Fiesta 2011 anjuran International Student Society,Majlis Perwakilan Mahasiswa,International Student Centre dan Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni yang akan bermula pada hari ini, 2-4 Disember 2011 yang bertempat sekitar kampus UTM.



Pihak Persatuan Mahasiswa Islam UTM telah mengambil inisiatif di atas penganjuran program ini untuk menyatakan hasrat dan suara mahasiswa UTM supaya sepanjang program ini berlangsung,akan tiada sebarang pencerobohan atau pelanggaran terhadap Dasar Kebudayaan dan Kesenian Universiti yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran UTM sendiri.

Naib Presiden II PMIUTM, Saudari Khairul Wafak Baharudin berkata “Alhamdulillah usaha ini disambut oleh pihak AJK Pelaksana program dan MPM yang diwakili oleh saudara presiden, Wan Ahmad Hazman dan saudari Cassendra Liew.Semoga program yang akan dilansungkan berjalan dengan lancar.”

Di akhir pertemuan diantara kedua belah pihak, saudara Munzir bin Musa, Presiden PMIUTM telah menyerahkan Surat Harapan kepada Presiden MPMUTM, saudara Wan Ahmad Hazman yang mengandungi beberapa cadangan dan harapan yang diambilkira dari semua sudut pandang mahasiswa dan peraturan-peraturan universiti dalam menjalankan program dan sebagainya. Saudara Wan Ahmad Hazman memberi jaminan bahawa program yang bakal berlangsung ini akan berjalan dengan keadaan yang teratur dan berpaksikan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan UTM.Perjumpaan ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi semangat kerjasama PMIUTM bersama MPM dan International Student pada masa yang akan datang.



Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan

PERJUMPAAN PIMPINAN PMIUTM BERSAMA MPM DAN PENGARAH “INTERNATIONAL CULTURAL FIESTA 2011”
%d bloggers like this: