Skudai, 12 Feb : PMIUTM mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Mesir yang telah berani keluar ke jalanan menuntut penguduran rejim Mubarak.
“Tahniah kepada rakyat Mesir. Setelah 18 hari turun ke jalanan menuntut hak, akhirnya Mubarak telah meletakkan jawatan.” jelas Presiden PMIUTM, saudara Zaki Haron.
Beliau yang menggelar Mubarak sebagai “The Last Pharoah” berharap agar tentera yang mengambil alih kuasa ketika ini tidak mengkhianati amanah rakyat.
“Walaupun di sana Mubarak telah tumbang, tapi kita kena ingat, krisis yang berlaku di sana bukan hanya melibatkan kumpulan Ikhwan (islamist) tapi kebanyakkan daripada mereka adalah dari kalangan Baradei (sosialist)” ujar beliau apabila ditanya berkenaan dengan kemungkinan Ikhwanul Muslimin akan membentuk kerajaan.
Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.
Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan ‘Allahu Akbar’ dan bersorak gembira.
Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah

Pengunduran Mubarak : PMIUTM ucap tahniah kepada rakyat Mesir
%d bloggers like this: