Ust Mohd Ismail Bin Mustari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM telah dilantik sebagai Penasihat baru kepada Persatuan Mahasiswa Islam UTM menggantikan Dr Sulaiman Bin Kadikon yang telah menamatkan kontrak baru-baru ini.

Penasihat baru PMIUTM, Ust Mohd Ismail sebelum ini pernah memegang jawatan yang sama beberapa tahun yang lalu sebelum diangkat semula memegang jawatan Penasihat PMIUTM pada tahun ini. Perlantikan ini mendapat respon yang baik di kalangan pimpinan dan ahli-ahli PMIUTM. Ini kerana, sifat tawadhu, Ilmu yang tinggi, kecekapan beliau dalam menguruskan Pusat Islam amat dikagumi oleh semua pihak. Beliau juga amat dikenali dengan sifat yang peramah dan mesra terhadap semua orang khususnya di masyarakat UTM.

Namun begitu, tidak kurang juga dengan bekas Penasihat PMIUTM, Dr Sulaiman Bin Kadikon yang banyak mengajar dan memberi nasihat dalam setiap program yang dijalankan. Dalam ketegasan beliau yang juga merupakan salah seorang anggota Palapes serba sedikit mengajar ahli PMIUTM supaya sentiasa tegar dalam menghadapi apa jua halangan. Ketelitian beliau dalam sesuatu perkara mengajar ahli PMIUTM agar melaksanakan program dengan lebih profesional dan sempurna.

Barisan pimpinan dan ahli PMIUTM memohon maaf kepada Dr Sulaiman Bin Kadikon sekiranya sepanjang beliau menjadi penasihat PMIUTM, banyak kesilapan yang telah kami lakukan.

Diharapkan, pertukaran penasihat ini akan meluaskan dan mematangkan lagi gerakan dakwah PMIUTM kepada seluruh masyarakat kampus dan juga di kampus. Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Dr Mohd Ismail Bin Mustari sama ada dari segi pengurusan organisasi, strategi serta pendekatan dakwah dan lain-lain dapat merancakkan lagi perkembangan Islam menuju ke arah suasana kampus yang Islamik.

Akhir kata, kami PMIUTM amat mengalu-alukan kehadiran Dr Mohd Ismail sebagai Penasihat PMIUTM yang baru. Moga-moga dengan perlantikan ini membawa sejuta kebaikan bersama dan memantapkan lagi gerakan PMIUTM di masa akan datang. Sekian. MyLPM.

Penasihat baru PMIUTM : Dr Mohd Ismail Bin Mustari
%d bloggers like this: