Bismillahirrahmanirrahiim… Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang… 

MUTIARA SRIKANDI 18/5/2012 : Walimatul Urus Yang Diberkati disampaikan oleh Dr Bushrah Basiron

Majlis anjuran mingguan ini dianjurkan oleh Hel Ehwal Wanita Islam (HEWI) dimulakan dengan bacaan doa. Alhamdulillah kehadiran melebihi 100 orang yang terdiri dari staf dan mahasiswa. 

Antara perkara yang dikongsikan dalam taman syurga ini adalah: 

1) Definisi walimatul urus 

2) Tujuan walimatul urus: 
– Tanda syukur. 
– Tanda kegembiraan perkara yang dituntut. 
– Pengisytiharan status kedua pasangan. 
– Mengeratkan hubungan silaturrahiim antara dua keluarga, jiran-jiran dan masyarakat Islam. 
– Mengelakkan fitnah dan prasangka buruk. 

3) Maskahwin: keluarga pengantin tidak boleh ambil. 

4) Jangan nak mewah kenduri sampai berhutang. Sampai dapat anak pun hutang belum habis dibayar. Buat mengikut kemampuan. 

5) Cenderahati untuk tetamu bukanlah sesuatu yang wajib. 

6) Hukum walimatul urus adalah sunat muakkad: dituntut. 

7) Siapa yang perlu mengadakan walimatul urus? 
– Suami (untuk kedua belah pihak dan buat mengikut kemampuan) 

8) Bilakah waktu walimah yang elok? 
– Setelah selesai perkahwinan dan telah bersama. 
– Rasulullah SAW kahwin malam dan kenduri pada pagi keesokan harinya. 

9) Wajib menghadiri majlis walimah setelah dijemput dan sunnah untuk makan makanan yang disediakan walau sedikit. 

10) Bila pergi walimah bacalah doa seperti dalam lagu Maher Zain yang bermaksud: Semoga Allah memberikan keberkatan atasmu dan menyatukan kamu berdua didalam kebaikan. 

11) Berilah ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang mengadakan walimatul urus. 

12) Maksiat dan bid’ah dalam majlis walimatul urus: 
– Meninggalkan solat. 
– Membuka aurat. 
– Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita. 
– Mencukur kening dan memakai rambut palsu. 
– Memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan pewarna yang tidak kalis air. Boleh pakai inai tapi corak jangan melebihi pergelangan tangan atau melebihi buku lali, ditakuti menyerupai tatu. Corak inai juga tidak boleh imej benda hidup. 
– Mencukur janggut. 
– Mengkhususkan adanya cincin perkahwinan. (Ianya adat sahaja, boleh juga gelang tangan atau rantai) 
– Adat bersanding dan pelamin. (Boleh nak buat tempat ambil gambar tetapi hanya dikalangan mahram. Tidak boleh dipamerkan kepada orang luar) 
– Mewajibkan adanya duit dan barang hantaran. (Hanya adat) 
– Bersalaman dengan bukan mahram. 
– Muzik, karaoke dan nyanyian yang melalaikan. (Nasyid dan zikir dibenarkan) 
– Bomoh tolak hujan. (Boleh membawa kepada mensyirikkan Allah) 
– Upacara memotong kek perkahwinan. 
– Berbelanja besar untuk pakaian. 

13) Duit dan hadiah untuk pasangan pengantin bukan satu kewajipan, hanyalah sebag
ai sedekah. 

14) Sebaiknya jangan letakkan ayat Al_Quran atau nama Allah dalam kad jemputan kahwin kerana berkemungkinan ianya dibuang di merata tempat. 

15) Ingat, tujuan walimatul urus adalah agar perkahwinan diberkati dan kekal hingga ke syurga. Jangan cemari majlis walimatul urus dengan perkara-perkara yang Allah tidak redha, boleh memberi kesan kepada pernikahan itu. Moga kita semua beroleh manfaat dari perkongsian ini. Mudah-mudahan setiap detik dalam hidup kita memperoleh redha dan berkat dari Pencipta Yang Maha Agung.

Siiru ‘ala barokatillah..

Khairul Wafak binti Baharudin
Timbalan Presiden 2 PMI UTM
Pengerusi HEWI PMI UTM

Mutiara Srikandi : Walimatul Urus Yang Diberkati
%d bloggers like this: