Laporan Oleh : Abdul Azim Bin Abd Jamil

Mantan Presiden, Mohd Khairul menyampaikan ucapan dasar
Skudai UTM, 23 Okt 2010 – PMIUTM hari ini telah mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-8 bertempat di Dewan Kuliah 8, N24, UTM Skudai. Muktamar yang diadakan ini merupakan program tahunan PMIUTM untuk melantik saf kepimpinan baru dalam menyambung mata rantai perjuangan pada masa akan datang.

Muktamar telah dirasmikan oleh Ustaz Muhajirih bin Ahmad yang mewakili Ustaz Ismail bin Musytari yang sedang berada di Mekkah bagi menunaikan ibadah Haji. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa penubuhan PMIUTM adalah berbeza dengan penubuhan persatuan lain kerana matlamat yang dibawa oleh PMIUTM adalah untul mengabdikan diri kepada Allah.Gerak kerja yang dilakukan oleh ahli PMIUTM adalah gerak kerja untuk kehidupan akhirat.

Tema ucapan dasar Presiden PMIUTM pada muktamar kali ini adalah “Ke Arah Melahirkan Negarawan Tarbiyyah”. Beliau menghuraikan tiga elemen yang membentuk negarawan tarbiyyah ialah modal intelektual, penglibatan mahasiswa dalam jaringan atau politik kampus dan spiritual social.

Selepas ucapan dasar presiden dan pembentangan laporan akhir lujnah-lujnah PMIUTM, muktamirin dan muktamirat telah berbahas beberapa calon untuk dilantik sebagai pimpinan PMIUTM. Beberapa orang ahli PMIUTM yang berdaftar telah dibahas dan telah dilantik secara bulat suara oleh muktamirin dan muktamirat yang hadir. Pimpinan PMIUTM untuk sesi 2010/2011 adalah :

Presiden: Mohd Zaki Bin Haron

Timbalan Presiden : Mohd Ridhuan bin Muhammad Jamil

Naib Presiden 1: Mohd Nur Qadhir bin Awang

Naib Presiden 2 (HEWI ): Nor Sutriana binti Babu

Setiausaha Agung: Sabrina binti Risman

Bendahari: Nor Laila Suria binti Sukadi

Semoga pimpinan baru yang dilantik dapat membawa PMIUTM ke membawa mahasiswa dalam memimpin perubahan ke arah lebih baik pada masa akan datang.

Muktamar PMIUTM Kali Ke-8
%d bloggers like this: